fbpx
Now Reading
Baru Dilancarkan PMX, Ini Cara Mendaftar PADU

Baru Dilancarkan PMX, Ini Cara Mendaftar PADU

Individu yang layak boleh membuat pendaftaran atau mengemas kini maklumat di sistem PADU bermula hari ini sehingga 31 Mac 2024.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak beberapa bulan yang lalu, hangat di media mengenai Pangkalan Data Utama (PADU) yang sering diperkatakan oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Hari ini (2 Januari), secara rasminya PADU telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Portal ini dibangunkan dengan hasil kerjasama di antara Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Ia turut disokong oleh pelbagai kementerian, agensi serta kerajaan negeri yang lain dengan hanya mengambil masa enam bulan sahaja untuk dibangunkan.

Apa Itu PADU?

Secara umumnya, PADU merupakan satu sistem yang mengandungi profil individu dan isi rumah warganegara Malaysia serta pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas.

Objektif PADU ialah:

  1. Penyediaan pangkalan data utama negara yang selamat, komprehensif dan “near real time” bagi penghasilan analitik berkala dan digitalisasi tanpa ketirisan.
  2. Penggubalan dasar dan proses membuat keputusan berpacukan data.
  3. Mengimbangi kedudukan fiskal menerusi pelaksanaan dasar secara bersasar.

Manakala, matlamat PADU adalah:

  1. Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan.
  2. Melaksanakan pengukuhan dalam penggunaan sumber yang terhad.
  3. Melaksanakan pemerkasaan sistem sosial melalui peningkatan kesejahteraan ekonomi dan rakyat.
  4. Merapatkan jurang sosioekonomi dengan memenuhi keperluan rakyat serta mengimbangi pembangunan.

PADU berperanan untuk memastikan anda menerima manfaat berbentuk bantuan atau perlindungan (sekiranya layak) daripada pelbagai inisiatif kerajaan berfokuskan rakyat.

Buat anda yang layak, anda perlu mendaftar, membuat semakan serta mengemaskini 39 maklumat berkaitan diri yang diperlukan bermula hari ini hingga 31 Mac 2024 di portal PADU melalui pautan ini.

Namun, siapa yang layak mengemas kini?

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
  • Pemastautin tetap berumur 18 tahun ke atas

Jom kami kongsikan tiga langkah mudah buat anda yang mahu mendaftar di PADU:

#1 Maklumat asal

Log masuk di pautan ini. Lengkapkan maklumat asas. Pendaftaran mestilah sama seperti yang tertera pada kad pengenalan. Pastikan anda mengisi nombor telefon bimbit dan e-mel yang sah serta aktif untuk penerimaan kata laluan satu kali (OTP).

#2 Pengesahan Akaun

Isikan OTP yang diterima melalui Sistem Mesej Pesanan Ringkas (SMS). Permohonan semula diperlukan sekiranya tidak menerima OTP dalam tempoh ditetapkan atau tamat tempoh pengisian.

#3 Penetapan Kata Laluan

Anda perlu menetapkan kata laluan sekurang-kurangnya mengandungi lapan aksara termasuk kombinasi huruf kecil, huruf besar dan simbol istimewa (*%$). Kata laluan ini diperlukan untuk log masuk bagi proses semakan dan pengemaskinian maklumat.

Foto: PADU

Alternatif Lain Jika Tidak Boleh Daftar Atau Kemas Kini Melalui Portal

Buat anda yang tidak mempunyai akses internet atau kesukaran untuk mendaftar di sistem tersebut, jangan risau, pelbagai alternatif yang boleh anda buat seperti yang berikut:

Foto: PADU

Jika anda mempunyai sebarang persoalan berhubung pendaftaran atau pengemaskinian maklumat di portal PADU, anda boleh membuat aduan di butiran seperti berikut:

  • Alamat: Kementerian Ekonomi, Menara Prisma, No. 26, Persiaran Perdana, Presint 3, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62675 Putrajaya.
  • Nombor Telefon: 1800-88-7720 (8.00 pagi hingga 6.00 petang)
  • E-mel: urusetia@padu.gov.my
  • Atau ajukan aduan di Borang Aduan atau layari laman web rasmi PADU.

Pendaftaran buat individu yang layak di sistem PADU dapat membantu kerajaan dalam melaksanakan dasar yang bersasar.

Malah, dengan adanya sistem ini, individu yang sepatutnya menerima bantuan tidak akan tercicir dari menerima insentif atau perlindungan sosial sekiranya layak terutama dari segi bantuan subsidi.

Kerajaan turut memberi jaminan segala maklumat yang dikumpulkan di sistem ini akan dipelihara melalui Akta Omnibus yang akan dibentangkan bagi memperkukuhkan lagi perlindungan data peribadi individu.

Buat 3,000 orang pendaftar terawal, anda berpeluang menerima Kad NFC Touch N’ Go secara percuma serta bakal mendapat pemberian diskaun daripada Pasar Raya Besar Mydin.

Walau bagaimanapun, pemberian diskaun itu hanya akan diberitahu kelak.

Baca Artikel Berkaitan: “Subsidi Bantuan Untuk Orang Susah, Bukan Untuk Orang Kaya” – Anwar Ibrahim

Baca Artikel Berkaitan: Hanya Yang Ada Kad ID Khas & Layak Boleh Beli Minyak Masak Paket Bermula Tahun Depan – Fuziah Salleh

Baca Artikel Berkaitan: Warga Asing Dicekup Selepas Kantoi Ingin Seludup Minyak Masak Paket Bernilai RM8,212

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.