fbpx
Now Reading
Warga Asing Dicekup Selepas Kantoi Ingin Seludup Minyak Masak Paket Bernilai RM8,212

Warga Asing Dicekup Selepas Kantoi Ingin Seludup Minyak Masak Paket Bernilai RM8,212

Dalam serbuan pada tengah hari semalam (18 September), polis turut merampas sebuah kenderaan serta lima kotak minyak masak dan anggaran keseluruhan barangan dirampas bernilai RM8,212.50.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang lelaki warga asing telah ditahan oleh pasukan polis dari Unit Risik Marin Tampoi kerana cuba untuk menyeludup minyak masak di Johor Bahru.

Warga asing bawa minyak masak subsidi tanpa dokumen dan permit sah

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat memaklumkan unit pasukan itu telah menjalankan satu serbuan atas kenderaan terbabit sekitar jam 12.30 tengah hari, semalam (18 September).

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati kenderaan berkenaan membawa sejumlah kotak minyak masak bersubsidi yang tidak mempunyai dokumen dan permit yang sah.

“Pihak polis kemudian menahan seorang warga asing berumur sekitar 35 tahun,” ujarnya.

Polis rampas kenderaan dan lima kotak minyak masak

Menurutnya lagi dalam penahanan itu, polis turut merampas sebuah kenderaan dan juga lima kotak minyak masak dan anggaran keseluruhan barangan yang dirampas berjumlah RM8,212.50.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961. Jika disabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” kata Kamarul lagi.

Polis kontinjen Johor dalam pada itu turut mengingatkan pihak yang terbabit dalam aktiviti penyeludupan untuk berhenti melakukan hal tersebut kerana mereka tidak akan berkompromi selain akan terus menjejaki aktiviti haram itu.

Orang ramai yang mengetahui sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang dan peraturan turut digesa untuk menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa agar keselamatan negara dapat dijaga.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.