fbpx
Now Reading
“Seolah-olah Paksa Rakyat Daftar” – Kerajaan Sabah Gesa Rafizi Henti Dahulu PADU & Nilai Semula

“Seolah-olah Paksa Rakyat Daftar” – Kerajaan Sabah Gesa Rafizi Henti Dahulu PADU & Nilai Semula

Menurut Timbalan Ketua Menteri Sabah, tiada keperluan untuk PADU melampaui kutipan data peribadi sedia ada seperti agensi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mahupun sistem kebajikan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kerajaan negeri Sabah menggesa Kementerian Ekonomi, Rafizi Ramli untuk menghentikan dahulu pendaftaran Sistem Pengkalan Data Utama (PADU) dan membuat penilaian semula kaedah pelaksanaan program itu.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Dr Jeffrey G. Kitingan berkata, beliau mengambil berat gesaan Kerajaan Persekutuan untuk pendaftaran menyeluruh sistem PADU, terutamanya apabila maklumat peribadi menjadi lebih penting berbanding sebelum itu.

Rasa kurang selesa dengan kenyataan Rafizi yang seolah memaksa rakyat

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya, beliau bagaimanapun berasa kurang selesa dengan kenyataan Rafizi berhubung isu PADU yang kelihatan seolah-olah memaksa rakyat untuk mendaftarnya.

Jeffrey yang juga Presiden Solidariti Tanah Airku (STAR) itu melihat desakan pendaftaran PADU dalam tempoh empat bulan yang menyasarkan sekitar 20 juta rakyat agak membimbangkan dan menjadi persoalan.

“Apa alasan di sebalik pendaftaran yang dibuat secara tergesa-gesa? Bukankah ini akan mendedahkan sistem kepada ancaman keselamatan dan ketepatan penyimpanan data,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan tentang persiapan kerajaan bagi memastikan data dilindungi dengan selamat apabila terlalu banyak data peribadi dimasukan ke dalam sistem untuk jangka masa yyang singkat.

Kaedah pendekatan secara berperingkat lebih sesuai

Menurutnya lagi, kaedah pendekatan secara berperingkat lebih sesuai memandangkan lebih 65% rakyat Malaysia yang belum mendaftar menunjukkan isu kepercayaan dan kelemahan.

Jeffrey turut mempersoalkan apakah kaitan PADU dengan kelayakan untuk mendapatkan subsidi kerajaan?

“Siapa yang telah membangunkan PADU dan bagaimana ia dapat melindungi data daripada kebocoran sedangkan baru-baru ini pangakalan data Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat berjaya digodam,” katanya lagi.

Susulan itu, beliau menyokong pandangan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah yang dikatakan tiada perbezaan antara PADU dan sistem seperti e-Kasih dan Skim Tunai Ramah.

Baca Artikel Berkaitan: Risau Kebocoran Data Punca Kerajaan Sarawak Arah Pendaftaran PADU Ditangguh

Tiada keperluan untuk PADU melampaui kutipan data agensi lain

Tambahnya Jeffrey lagi, tiada keperluan untuk PADU melampaui kutipan data peribadi sedia ada seperti agensi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mahupun sistem kebajikan.

Jelasnya, tugas kerajaan adalah untuk melayan rakyat, dan bukannya melangkaui perlindungan privasi individu melalui kutipan data sehingga menimbulkan perasaan diugut dan menyebabkan kerisauan rakyat.

Ubah suai dan tambah baik platform sekiranya masih ingin teruskan pendaftaran PADU

Berkongsi lanjut, beliau mencadangkan agar kerajaan mengubahsuai dan menambah baik platform yang digunakan sehingga tidak menimbulkan kebimbangan rakyat sekiranya masih ingin meneruskan pendaftaran PADU.

“Saya cadangkan supaya PADU menggunakan pangkalan data yang mereka sudah ada, bantu rakyat untuk mengurangkan kebimbangan privasi mereka, dan lebih penting jangan bebankan rakyat,” ujarnya.

Baca Artikel Berkaitan: “Sesal Kemudian Tidak Berguna” – Rafizi Seru Orang Ramai Isi PADU Sebelum Pendaftaran Ditutup [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.