“Baru Nak Daftar Dah Kecundang” – KJ Terkejut Maklumat Peribadi Disalah Guna Untuk Daftar PADU
Bagaimanapun Khairy Jamaluddin memaklumkan isu berkenaan sudahpun selesai dan pihak PADU telah menetapkan semula (reset) kelayakan log masuk kad pengenalannya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum pendaftaran sistem Pangkalan Data Utama (PADU) ditutup pada 31 Mac ini.
Maka tidak hairanlah sekiranya ketika ini ramai yang sudah mula mendaftar dan mengisi maklumat peribadi di PADU.
Baca Artikel Berkaitan: “Sesal Kemudian Tidak Berguna” – Rafizi Seru Orang Ramai Isi PADU Sebelum Pendaftaran Ditutup [Video]
Akaun PADU KJ sudah didaftar oleh individu lain
Pun begitu, lain pula nasib yang menimpa bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin apabila beliau yang ingin mendaftar PADU mendapati akaun miliknya telahpun didaftar.
Menerusi perkongsian Instagram reels (IG reels) di akaun miliknya, Khairy Jamaluddin atau lebih mesra disapa KJ menyatakan bahawa dia tidak pernah mendaftar PADU sebelum ini.
“Akhirnya saya ada masa untuk daftar PADU hari ini (28 Mac). Baru nak daftar, dah kecundang. Saya tak pernah mendaftarnya sebelum ini,” tulis KJ.
Kenyataan KJ kemudiannya tular di media sosial hingga menarik perhatian banyak pihak.
Number IC digunakan untuk daftar, PADU dengan pantas bantu selesaikan isu
Tidak lama selepas itu, KJ tampil menerusi satu lagi hantaran berkata, pihak PADU telahpun menyelesaikan isu berkenaan dengan menetapkan semula (reset) kelayakan log masuk kad pengenalan (IC) KJ.
Difahamkan, seorang lelaki telah bertindak mendaftar PADU dengan menggunakan number MyKad milik KJ.
KJ tak senang, maklumat lelaki berkenaan turut disebarkan di media sosial
Bagaimanapun KJ menzahirkan perasaan kurang senangnya apabila maklumat diri lelaki berkenaan turut disebarkan secara dalam talian.
Jelasnya, menularkan identiti individu terbabit di media sosial hanya akan menyebabkan lebih ramai orang ragu-ragu dengan keselamatan sistem PADU.
“Apa-apa pun, sekarang saya telah mendaftar (PADU) dan menghantar e-KYC (electronic Know Your Customer),” tulisnya lagi.
Lelaki terbabit dapat maklumat KJ bukan menerusi PADU
Menerusi ciapan di akaun X @lady_bugg11, seorang influencer wanita mendakwa lelaki terbabit mendapat maklumat MyKad KJ dari sumber lain dan bukannya menerusi PADU.
Menurutnya lagi, selain bekas pemuda UMNO itu, terdapat dua lagi ahli politik turut didaftarkan PADU oleh individu berkenaan dengan menggunakan number telefon sama.
Ok cerita dia begini
— CIKY🅰️NIE (@lady_bugg11) March 28, 2024
KJ nk daftar PADU, tp tak leh sbb ada orang lain dah daftarkan. Orang yang daftar akaun KJ adalah mamat nama l Voon ni guna nombor telefon dia sendiri, maka kantoi lah identiti dia.
Sebenarnya Voon daftar PADU KJ sebab dia dah tahu maklumat IC KJ awal… pic.twitter.com/Sp209ae5sg