Aliff Syukri Bukan ‘Hilang’ Rupanya Bawa Diri Ke Australia, Selepas Bergaduh Dengan Isteri [Video]
Aliff Syukri membuat pendedahan itu selepas diajukan soalan oleh Ita Raziah yang tidak berpuas hati kerana dia gagal menghadirkan diri ke festival jualan raya, StarVendors di KLCC.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Baru-baru ini, nama usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri menjadi bualan ramai selepas dia memuat naik teaser video muzik (MV) lagu ‘Love Raya’.
Perkongsian teaser terbabit mendapat kecaman ramai kerana ia dilihat seolah-oleh menghina kesucian bulan Ramadan dan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.
Bahkan isu tersebut juga mendapat perhatian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas Aliff dipanggil untuk dirakam keterangan pada 3 April lalu.
Baca Artikel Berkaitan: “Saya Tiada Lagu Raya, Saja Sakat Korang, April Fool!” – Aliff Syukri [Video]
Sejak kejadian itu, Aliff dilihat seakan menghilangkan diri dari dunia media sosial atau menghadiri mana-mana acara.
Rupanya Aliff Syukri menghilangkan diri pergi ke Australia
Terbaharu, menerusi hantaran video yang dimuat naik oleh selebriti wanita senior, Ifa Raziah di akaun Instagram miliknya, Aliff rupa-rupanya menghilangkan diri sebentar dengan pergi ke Australia.
Pendedahan itu dilakukan selepas diajukan soalan oleh Ita Raziah yang tidak berpuas hati kerana Aliff gagal memunculkan diri di sebuah festival jualan raya, StarVendors yang berlangsung di KLCC.
“Geram! KLCC tak datang, aku tunggu 4 hari 3 malam, 72 jam dia (Aliff) tak datang, kenapa?” soal Ifa Raziah.
Aliff bawa diri ke Australia selepas bergaduh dengan isteri
Isteri usahawan itu, Datin Seri Shahida Mohd Rashid kemudiannya mendedahkan bahawa Alif membawa diri ke luar negara selepas berlaku salah faham di antara mereka.
“Sebenarnya kami bergaduh, selepas itu dia (Aliff) lari rumah,” kata Shahida.
Aliff turut mengakui kenyataan Shahidah dengan menyatakan bahawa dia tidak pergi ke mana-mana dan hanya ke Australia.
Bagaimanapun, pasangan terbabit tidak menjelaskan secara terperinci punca pergaduhan rumah tangga mereka.
Kad sim dan telefon bimbit Aliff dirampas untuk siasatan lanjut
Terdahulu, selain dipanggil untuk dirakam percakapan, SKMM turut menyita kad sim dan telefon bimbit yang digunakan oleh Aliff.
Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 [Akta 588].
Baca Artikel Berkaitan: Video ‘Love Raya’: SKMM Ambil Keterangan Aliff Syukri, Telefon Bimbit & Kad Sim Disita