Video ‘Love Raya’: SKMM Ambil Keterangan Aliff Syukri, Telefon Bimbit & Kad Sim Disita
Menurut SKMM, pihaknya merakam keterangan Aliff Syukri selepas menerima aduan berhubung video ‘love raya’ yang dimuat naik oleh usahawan terbabit.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebelum ini usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi menjadi perhatian ramai selepas memuat naik satu video ‘love raya’ di media sosial.
Ini kerana, ramai berpendapat pakaian serta tarian dalam video itu dilihat kurang menyenangkan serta tidak sesuai ditonton umum.
Meskipun video tersebut telah dipadam dari media sosialnya, namun ia masih mendapat perhatian pelbagai pihak termasuklah Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk mengambil tindakan yang bersesuaian.
Baca artikel berkaitan: Kontroversi Klip ‘Love Raya’ Aliff Syukri, Fahmi Fadzil Minta MCMC Untuk Ambil Tindakan
SKMM panggil Aliff Syukri untuk ambil keterangan berhubung video ‘love raya’
Terbaharu, pihak SKMM bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memanggil usahawan berkenaan untuk merakam percakapannya di Ibu Pejabat SKMM di Cyberjaya, semalam (3 April).
Menurutnya, rakaman percakapan tersebut dilakukan berikutan terdapat aduan yang diterima pihaknya mengenai video yang dimuat naik oleh Aliff di media sosial.
Katanya lagi sebaik kertas siasatan siap dilakukan ia bakal diserahkan kepada Peguam Negara bagi tindakan selanjutnya.
“Klip video raya yang dimuat naik di platform media sosial beliau dilihat sebagai kandungan yang bersifat jelik yang boleh melanggar peruntukan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].
“Ini termasuk Seksyen 233 yang melarang pembuatan dan penghantaran komunikasi yang antara lain, bersifat jelik, lucah, atau sumbang dengan niat untuk menyakitkan hati atau mengganggu orang lain,” ujarnya, lapor Harian Metro.
Kad sim dan telefon bimbit digunakan turut disita SKMM
Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 [Akta 588].
“Jika sabit kesalahan, individu boleh dihukum denda maksimum RM50,000, atau penjara maksimum satu tahun, atau kedua-duanya sekali.
“Pegawai penyiasat menyita kad sim dipercayai milik suspek serta satu unit telefon bimbit yang telah digunakan untuk memuat naik video.”