fbpx
Now Reading
Individu Tawar Servis Datang Beraya Di ‘Open House’ Yang Kurang Tetamu Dapat Sambutan Baik

Individu Tawar Servis Datang Beraya Di ‘Open House’ Yang Kurang Tetamu Dapat Sambutan Baik

Menurut individu terbabit, servis menghadiri majlis rumah terbuka itu adalah percuma namun hanya dilakukan di sekitar kawasan Melaka Tengah sahaja.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap kali menjelangnya bulan Syawal, perkara yang sudah menjadi tradisi umat Islam pastinya mengadakan majlis rumah terbuka (open house) sempena Hari Raya Aidilfitri.

Mengadakan rumah terbuka ini bukanlah diwajibkan, tetapi digalakkan kerana menjamu orang makan dan memuliakan tetamu adalah amalan yang baik.

Gambar sekadar hiasan (Kredit: BuzzKini)

Open house raya kebiasaannya diadakan dengan menjemput tetamu seperti sanak saudara, kenalan rapat dan jiran tetangga, namun tidak semua individu-individu yang dijemput itu dapat menghadirinya.

Lebih mengecewakan apabila ramai jemputan yang tidak dapat datang setelah pelbagai juadah telah disediakan dan dihidang.

Tular individu buat servis hadir open house raya secara percuma

Baru-baru ini, seorang individu tular di media sosial apabila menawarkan servis menghadiri open house raya untuk menggantikan tempat tetamu jemputan yang tidak dapat menghadirkan diri.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya @hfznizar, dia menjelaskan bahawa servis tersebut diberikan tanpa mengenakan apa-apa bayaran.

“Hi, saya ada buat servis datang beraya rumah orang (untuk yang dah masak dan tetamu tak datang). Saya buat FOC (free of charge) je, tak perlu bayar apa-apa, duit muka atau wang pendahuluan,” tulisnya.

Servis hadir majlis rumah terbuka dilakukan di sekitar Melaka Tengah

Menurutnya, servis menghadiri majlis rumah terbuka itu hanya dilakukan di sekitar kawasan Melaka Tengah sahaja.

“Saya cover area Melaka Tengah. Kalau berminat, boleh PM (private message) dan tinggalkan nombor telefon. Nanti saya hubungi,” tulisnya lagi.

Difahamkan, servis yang dilakukan oleh individu terbabit bukanlah gurauan semata-mata, malah dia betul-betul akan menghadiri majlis rumah terbuka sekiranya dijemput.

Servis dapat sambutan baik, ramai yang nak jemput

Memindai ke ruangan komen pula, servis yang dilakukan oleh individu terbabit disambut baik oleh rata-rata pengguna media sosial apabila ramai yang kelihatan ingin menjemputnya.

Namun, tidak diketahui sama anak jemputan itu sememangnya ikhlas atau sekadar ‘ajak-ajak ayam’.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.