fbpx

“Raya Rabu Ke Khamis?” – Arab Saudi Umum Sambut Aidilfitri Esok, Netizen Beri Pelbagai Pandangan

Mahkamah Agung Arab SaudI memaklumkan negara itu menyambut Aidilfitri pada hari Rabu (10 April) berikutan anak bulan yang tidak kelihatan semalam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri sudah mula dirasai apabila ramai di kalangan masyarakat sudah mula pulang ke kampung halaman.

Ramai di antara golongan tersebut berkata mereka pulang awal agar tidak ‘kalut’ seperti terdahulu di mana Hari Raya disambut dengan mengejut pada tahun 2022.

Baca Artikel Berkaitan: Hari Raya Aidilfitri Di Malaysia Jatuh Pada 2 Mei 2022. Esok Raya!

Namun begitu, mungkin lain pula yang terjadi pada tahun ini?


Arab Umum Sambut 1 Syawal Pada Hari Rabu

Terkini, umat Islam di Arab Saudi akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok (10 April).

Hal ini disebabkan oleh anak bulan yang Syawal tidak kelihatan pada petang semalam iaitu pada 29 Ramadan.

Pengumuman itu dimaklumkan oleh Mahkamah Agung Arab Saudi, sekaligus menandakan hari ini sebagai hari terakhir bulan Ramadan.


Tatacara Solat Aidilfitri Di Arab Saudi

Bagi solat sunat Aidilfitri pula, ia akan diadakan di seluruh negara esok selepas matahari terbit berdasarkan pengaturan yang sudah dilakukan bagi menampung para jemaah untuk solat Hari Raya tahunan.

Menurut Menteri Hal Ehwal Islam, Dakwah, dan Bimbingan Saudi Sheikh Abdullatif Al-Asheikh, arahan bagi mengerjakan solat Aidilfitri 15 minit selepas matahari terbit adalah mengikut kalendar Umm Al-Qura.

Dalam pekeliling tersebut, menteri itu berkata solat Aidilfitri perlu dijalankan di kawasan terbuka yang ditetapkan, lapor Arab News.

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Pexels

Netizen Beri Pelbagai Reaksi Mengenai Tarikh Hari Raya Di Arab Saudi

Susulan hebahan Hari Raya di Arab Saudi yang disambut pada esok hari, netizen menerusi platform X (Twitter) telah berkongsi pelbagai reaksi. Ini antaranya:

Ada yang berkata peluang untuk Malaysia menyambut Aidilfitri pada tarikh sama seperti Arab Saudi adalah tipis.

Sumber: X

Sementara itu ada yang berpendapat rakyat Arab Saudi beruntung kerana dapat menikmati sehari lagi Ramadan untuk melakukan amal ibadah.

Sumber: X

Ramai juga di kalangan orang ramai yang bersetuju jika Aidilfitri di Malaysia jatuh pada lusa akan datang kerana boleh cuti secara terus dari Khamis sehingga Ahad.

Sumber: X

Dalam masa sama, ramai juga dilihat tidak keberatan jika 1 Syawal jatuh pada hari Rabu atau Khamis, asalkan hari tersebut boleh disambut dengan gembira bersama insan tercinta.

Sumber: X

Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal Jatuh Pada Hari Ini

Untuk makluman semua, tarikh melihat anak bulan Syawal bagi tahun ini ditetapkan pada petang hari ini bersamaan 29 Ramadan 1445 Hijrah dan pengisytiharan tarikh Hari Raya Puasa akan diumumkan pada malam yang sama.

Sebelum ini, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Majlis Raja-Raja mempersetujui kedah penetapan tarikh Aidilfitri adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

Sumber: Berita Harian

Mengulas lanjut, pengumuman itu akan dilakukan menerusi radio dan televisyen.

Tidak kira Hari Raya jatuh pada hari Rabu atau Khamis, kami dari team TRP terlebih dahulu ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin!

Baca Artikel Berkaitan: Banduan Dibenar Terima Kunjungan Keluarga Sempena Hari Raya Aidilfitri

Baca Artikel Berkaitan: Perlu Ke Puasa Lebih Dari 30 Hari Jika Musafir Ke Negara Yang Lewat Sambut Aidilfitri? Ini Jawapan Dari Mufti

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.