fbpx
Now Reading
“Saya Tiada Lagu Raya, Saja Sakat Korang, April Fool!” – Aliff Syukri [Video]

“Saya Tiada Lagu Raya, Saja Sakat Korang, April Fool!” – Aliff Syukri [Video]

Sebelum ini, orang ramai mengecam Aliff Syukri kerana memuat naik teaser klip video muzik raya yang menampilkan beberapa penari lelaki memakai pakaian ketat-ketat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri teruk dikecam orang ramai selepas dia memuat naik teaser klip video muzik (MV) dipercayai lagu raya di media sosial yang dilihat seolah-olah tidak menghormati Aidilfitri.

Sama seperti tahun sebelumnya, di dalam klip video terbabit memaparkan beberapa orang lelaki yang sedang menari sambil mengenakan baju berwarna-warni yang ketat.

Selain netizen, ibu Aliff iaitu Rozita Ibrahim turut menyelar tindakan anaknya itu yang disifatkan sebagai tidak berakhlak dan meminta agar video tersebut dipadam.

Aliff kemudiannya tampil membuat permohonan maaf dan menyatakan teaser video terbabit telah dipadamnya.

Baca Artikel Berkaitan: Teaser Klip Lagu Raya Dikecam, Alif Syukri Mohon Maaf [Video]

Tiada lagu raya, Aliff Syukri hanya prank

Terbaharu, menerusi satu hantaran video di akaun Instagram Aliff Syukri, dia menyatakan perkara itu hanyalah prank semata-mata.

Menurut Aliff, lagu rayanya pada tahun ini sememangnya tidak wujud dan teaser klip video muzik itu hanya untuk menyakat orang ramai sahaja.

“Lagu raya saya tahun ni takda pun, saya saja sakat korang semua. Kepada mak dan isteri saya jangan marah eh, kepada korang semua, April Fool!

“Selamat menyambut hari raya Aidilfitri. Yang baik datangnya dari Allah SWT dan yang kurang datang dari saya,” katanya.

Ibu Aliff Syukri muat naik posting nasihat anak

Terdahulu, Rozita menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya menasihati Aliff agar tidak menjatuhkan maruah diri hanya demi sebuah konten.

“Jangan hinakan diri untuk sebuah konten, apa ada dengan lagu raya! Dia haram tetap haram, sudah-sudah lah tu.

Tidak hanya itu, Rozita turut menasihati Aliff untuk menjadi seorang Muslim yang mencerminkan akhlak Islam.

Netizen tetap kecam dan ingin boikot Aliff Syukri

Bagaimanapun, memindai ke ruangan komen rata-rata pengguna media sosial tetap mengecam usahawan terbabit kerana tindakannya yang disifatkan sebagai tidak matang dan menyatakan bahawa April Fool bukanlah untuk disambut oleh umat Islam.

Tidak hanya itu, kebanyakan netizen juga menyatakan mereka akan terus memboikot produk yang dijual oleh Aliff Syukri.

Malah, pendakwah bebas terkenal, Firdaus Wong turut berkongsi hantaran di Facebook seorang individu yang meminta orang ramai untuk melapor dan menyekat kesemua akaun media sosial Aliff Syukri dan syarikatnya, D’Herbs Holdings Sdn Bhd serta AS Legacy.

Sekadar info, April Fool’s day merupakan hari untuk mempersenda atau memperbodohkan orang lain dengan niat hanya untuk bergurau. Hukum menyambut Aprill Fool bagi umat Islam pula adalah haram.

Baca Artikel Berkaitan: “Kata Takda Lagu Tahun Ni” – Rakaman MV Raya Aliff Syukri Dalam Jakuzi Raih Pelbagai Reaksi [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.