fbpx
Now Reading
Lelaki Siap Buat Kiraan Matematik Daripada Aksi Badan Lentik Penari Dalam Video ‘Love Raya’ Aliff Syukri

Lelaki Siap Buat Kiraan Matematik Daripada Aksi Badan Lentik Penari Dalam Video ‘Love Raya’ Aliff Syukri

Menerusi hantaran tersebut, Amirul turut memaklumkan nilai K akan menjadi lebih besar sekiranya sudut kangkang penari berkenaan lebih besar.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak beberapa hari lalu, kecoh di media sosial apabila ramai yang mengkritik video ‘Love Raya’ yang dimuat naik oleh usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri.

Ini kerana, awalnya usahawan itu seperti memberi gambaran bakal mengeluarkan lagu raya terbaharu dan video tersebut merupakan teaser kepada muzik videonya.

Namun sebaik video tersebut dikeluarkan ramai yang menyifatkan pakaian serta aksi penari yang melentik membuatkan mereka mengecam klip berkenaan.

Malah susulan daripada kecaman dan desakan ibu, Aliff kemudian tampil memohon maaf dan memaklumkan telah memadam video berkenaan.

Baca artikel berkaitan: Kontroversi Klip ‘Love Raya’ Aliff Syukri, Fahmi Fadzil Minta MCMC Untuk Ambil Tindakan

Lelaki beri perspektif lain tentang aksi penari dalam video ‘love raya’

Walau bagaimanapun dalam ramai yang mengecam berhubung video tersebut, seorang pengguna di Facebook yang dikenali sebagai Amirul Faiz mempunyai perspektif lain mengenai postur lentik penari di dalam klip berkenaan.

Malah dalam hantaran yang dimuat naik, dia yang dipercayai pakar dalam bidang matematik telah bertindak mencari fungsi bentuk badan penari itu.

“Daripada mengata baik mengira. Oleh kerana penari ni sangat lentik dan ketat bajunya, teringin nak cari fungsi bentuk badannya.

“Tak semua yang ada bentuk badan dan fleksibiliti seperti dia, maaf mata saya cuma nampak ‘continous function’,” katanya dalam hantaran itu.

Siap tunjuk jalan kiraan dan terangkan dengan jelas

Menerusi hantaran tersebut, Amirul telah menunjukkan beberapa graf menunjukkan paksi Y dan X untuk mencari fungsi bentuk badan penari.

Malah dia turut menjelaskan bagaimana titik fungsi itu dicari dengan menggunakan satu formula.

“Nilai K (pada formula) lebih besar jika sudut kangkang penari lebih besar,” tulisnya dalam nota kiraan tersebut.

Selain itu, Amirul turut menggunakan formula di dalam linear algebra dalam mencari titik fungsi berkenaan sehingga menjumpai jawapan kepada sudut yang dicari.

Ramai yang terhibur siap boleh jadi kiraan dalam matematik

Perkongsian itu secara tidak langsung telah menarik perhatian ramai yang terhibur serta kagum dengan kecekapannya dalam mencari titik tersebut.

Bukan hanya itu, tidak kurang juga ada yang menyifatkan Amirul mempunyai sudut pandangan yang berbeza dalam isu yang sedang menjadi bualan hangat kebanyakan pihak.

“Walaupun aku tak faham… Hantaran tuan memang awesome dan mencuit hati saya. Sudut pandangan yang berbeza dari yang lain.. padu”

“Dasyat sensei (maha guru), mengalir air mata penggubal soalan matematik tambahan SPM”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.