Teaser Klip Lagu Raya Dikecam, Alif Syukri Mohon Maaf [Video]
Menurut usahawan kosmetik itu, dia telah mengeluarkan puluhan ribu untuk menghasilkan klip video berkenaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pejam celik tinggal beberapa hari sahaja lagi seluruh umat Islam bakal menyambut Hari Raya bagi meraikan kemenangan dan kesyukuran selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadan.
Malah ketika ini kebanyakan stesen radio telah mula memutarkan lagu-lagu Hari Raya baik yang lama mahupun yang baharu.
Tidak kurang juga beberapa penyanyi termasuk usahawan tidak melepaskan peluang apabila turut menghasilkan lagu raya bagi meraikan Aidilfitri yang datang setahun sekali ini.
Lagu Raya terbaharu Aliff Syukri bikin ramai tak senang duduk
Namun seperti biasa, Datuk Seri Aliff Syukri pastinya tidak akan terlepas dengan kontroversi lagu baharu setiap kali tibanya Hari Raya.
Sebelum ini, usahawan itu telah memuat naik satu teaser klip video lagu Hari Rayanya yang terbaharu yang memaparkan dia bersama beberapa penari memakai baju berwarna-warni sambil menari dengan memakai alat perhiasan seperti songkok di atas kepala.
Video itu bagaimanapun telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan orang ramai apabila ada yang mendakwa dia seperti tidak menghormati kemuliaan Hari Raya yang disambut oleh seluruh Muslim.
Aliff Syukri tampil mohon maaf isu lagu raya
Terbaharu, Aliff telah tampil membuat permohonan maaf selain turut bertindak memadam video tersebut.
Permohonan maaf tersebut dibuat usahawan berkenaan menerusi satu hantaran di media sosial rasminya demi permintaan ibunya.
“Kepada mak saya dan semua masyarakat yang tengok video saya tu (teaser lagu raya) saya minta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.
“Memang saya kecil hati, saya dah buat susah-susah. Saya dah bayar puluhan ribu pada videographer semua tapi anda semua tak tengok pun lagi video klip tu dah kecam melampau-lampau dan menyebabkan saya ‘down’,” katanya.
Hanya salahkan diri sendiri walau sudah ribuan duit keluar untuk buat lagu
Menurut usahawan itu dia enggan bersedih mahupun marah kepada sesiapa sebaliknya hanya menyalahkan diri sendiri.
Mengintai di ruangan komen ramai yang berpendapat tidak salah sekiranya usahawan itu ingin membuat lagu raya namun adalah lebih baik jika tarian yang dilakukan itu lebih kepada tradisional seperti zapin atau mengambarkan saat sambutan raya di zaman dahulu.