fbpx

“Aliff Syukri Call Minta Buat Lagu Raya Tapi Saya Tolak Sebab Dia Lupa Diri” – Amy Ukays

Menurut Amy, dia akan memberi tumpuan untuk mencipta lagu raya kepada Iqbal, Datuk Seri Vida, Ifa Raziah serta lagu raya baru bagi kumpulan Ukays Reborn yang bertajuk ‘Sini Raya Sana Raya’.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebelakangan ini, banyak usahawan selebriti yang sering mengeluarkan lagu raya setiap kali menjelangnya perayaan Aidilfitri.

Namun, ada sesetengah lagu raya yang dinyanyikan itu hanya mendapat kritikan daripada orang ramai seperti lagu nyanyian dan muzik video daripada usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Perkara sebegitu pastinya menyebabkan segelintir pencipta lagu atau composer menjadi ‘berat hati’ atau menolak terus tawaran untuk membuat lagu raya di masa hadapan.

Komposer Amy Ukays tolak tawaran buat lagu raya untuk Aliff Syukri

Seperti baru-baru ini, penyanyi dan komposer terkenal Azmi Hassan atau lebih dikenali sebagai Amy Ukays mendedahkan bahawa dia menolak permintaan Aliff Syukri yang menginginkan lagu raya baharu.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya, Amy mendakwa dia telah menerima panggilan daripada usahawan Iqbal Zulkefli dan Aliff Syukri yang memintanya untuk membuat lagu raya pada tahun ini.

Amy tolak tawaran kerana tak suka sikap lupa diri dan asal usul Aliff Syukri

Bagaimanapun, Amy menyatakan dia menolak tawaran Aliff Syukri kerana tidak suka dengan sikap usahawan terbabit yang didakwanya sebagai lupa diri dan asal usul.

“Iqbal call Amy untuk minta buatkan lagu raya untuk dia tahun ini (2024). Aliff Syukri ada call minta buat lagu raya tapi Amy tolak sebab dia lupa diri dan asal usul. Amy tak suka untuk bekerjasama,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Selain Iqbal, Amy juga akan menghasilkan beberapa lagi lagu raya bagi tahun 2024 iaitu melibatkan Datuk Seri Vida (DSV), Baby Shima dan Ifa Raziah serta lagu raya baru bagi kumpulan Ukays Reborn yang bertajuk ‘Sini Raya Sana Raya’.

“DAS (Datuk Aliff Syukri) selamat tinggal buat selamanya,” tulisnya lagi secara ringkas.

Malah, Amy turut memaklumkan dia reda sekiranya menerima kecaman di media sosial kerana menolak tawaran untuk membuat lagu raya itu.

Netizen puji tindakan Amy tolak tawaran buat lagu raya untuk Aliff Syukri

Bagaimanapun, memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan komposer berkenaan yang menolak daripada mencipta lagu raya buat Aliff Syukri.

Tidak hanya itu, tindakan tersebut juga menyebabkan mereka berpuas hati dan setuju kerana khuatir lagu yang bakal diciptakan nanti sekadar menjadi perosak kepada mood raya umat Islam di Malaysia.

Sekadar info, Amy pernah mencipta lagu raya bertajuk ‘La la Raya’ buat Aliff Syukri pada tahun 2021.

Meskipun lagu tersebut dikritik, ia tidak sehebat kecaman yang diterima Aliff Syukri berhubung dua lagi lagu raya iaitu ‘Kelepok Raya’ pada tahun 2022 dan ‘Cak Cun Cak Raya’ pada 2023 selepas kedua-dua muzik video lagu terbabit dilihat kurang sesuai untuk dijadikan tontonan umum.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.