fbpx
Now Reading
“Subsidi Bantuan Untuk Orang Susah, Bukan Untuk Orang Kaya” – Anwar Ibrahim

“Subsidi Bantuan Untuk Orang Susah, Bukan Untuk Orang Kaya” – Anwar Ibrahim

Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi satu hantaran Facebook memaklumkan bahawa sistem subsidi sedia ada tidak relevan dan golongan yang sepatutnya menikmati subsidi tidak menerima manfaat tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui subsidi merupakan satu bentuk bantuan kerajaan khususnya buat rakyat Malaysia yang memerlukan.

Pada masa kini, barang-barang subsidi seperti beras, minyak masak dan petrol turut dinikmati oleh semua individu tanpa mengira status dan pendapatan.

Namun, ekoran daripada beberapa isu yang timbul antaranya seperti golongan kaya dan warga asing menikmati subsidi minyak petrol menyebabkan kerajaan mahu menyelaras semula pemberian subsidi kepada yang layak.

Subsidi Bantuan Untuk Orang Susah

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, subsidi kerajaan merupakan bantuan buat golongan yang susah bagi membantu mereka berhadapan dengan kos sara hidup.

Beliau menerusi satu hantaran Facebook memaklumkan bahawa sistem subsidi sedia ada tidak relevan dan golongan yang sepatutnya menikmati subsidi tidak menerima manfaat tersebut.

“Sistem subsidi tempang yang dilaksanakan sejak sekian lama menyebabkan golongan kaya raya, berkereta besar turut mendapat subsidi minyak yang sepatutnya hanya dinikmati rakyat miskin.

“Kerajaan Perpaduan mahu memperbetulkan ketempangan ini menerusi rasionalisasi subsidi supaya majoriti rakyat yang susah dapat terus dibantu,” kata beliau.

Mahu Pastikan Subsidi Dinikmati Oleh Golongan Sepatutnya

Tambah Anwar, beliau mahu memastikan bantuan subsidi dapat dinikmati oleh mereka yang memerlukan dan golongan yang maha kaya akan dikenakan bayaran yang setimpal dengan kemampuan mereka.

“Sekarang ini subsidi minyak, siapa dapat? Rakyat dapat, okey. Profesor, pensyarah dapat okey, exco dapat okey, tetapi tauke-tauke besar semua dapat subsidi minyak juga.

“Tetapi, orang yang pakai Rolls Royce, Mercedes besar, tauke-tauke kaya pun dapat subsidi minyak juga.

“Jadi kita rancang bagaimana rakyat semua dapat jangan ganggu dia. Tetapi bagi yang kaya, bayar lah. Itu pendekatan dasar saya. Orang marah sekejap tetapi tak apa saya akan terang.

“Berapa juta orang asing di negara kita? Tiga juta, empat juta. Dari Thailand masuk beli minyak bawa ke Thailand, orang dari Singapura datang masuk beli minyak bawa ke Singapura. Oleh itu kita kena fikir bagaimana pertahankan hak rakyat bagi subsidi kepada rakyat, tetapi tak perlu bagi kepada maha kaya,” kata beliau lagi.

Subsidi

Subsidi adalah bantuan untuk orang susah, tetapi sistem subsidi tempang yang dilaksanakan sejak sekian lama menyebabkan golongan kaya-raya, berkereta besar turut mendapat subsidi minyak yang sepatutnya hanya dinikmati rakyat miskin. Kerajaan Perpaduan mahu memperbetulkan ketempangan ini menerusi rasionalisasi subsidi supaya majoriti rakyat yang susah dapat terus dibantu. #MalaysiaMADANI

Posted by Anwar Ibrahim on Wednesday, 4 October 2023

Baca Artikel Berkaitan: Tiada Lagi Subsidi Elektrik Untuk Rumah Orang Kaya, Kata PM Anwar Ibrahim

Baca Artikel Berkaitan: Hanya Yang Ada Kad ID Khas & Layak Boleh Beli Minyak Masak Paket Bermula Tahun Depan – Fuziah Salleh

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.