Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun
Ekoran daripada insiden ‘double park’ tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam untuk menyelesaikan isu berkenaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui apabila melancong ke sesebuah negara, pengujung hendaklah mengetahui dan mengikuti setiap peraturan yang telah ditetapkan negara terbabit.
Ini kerana, tidak semua negara mempunyai peraturan yang sama. Malah ada beberapa perkara yang dibenarkan di negara sendiri menjadi satu kesalahan undang-undang di sesebuah negara.
Sekumpulan wanita di Malaysia jadi tumpuan gara-gara parkir ditempat tak sepatutnya
Baru-baru ini, nama Malaysia menjadi perhatian di Jepun selepas sekumpulan wanita memarkir kenderaan di kawasan yang tidak sepatutnya sehingga membingungkan masyarakat di negara matahari terbit itu.
Menerusi gambar yang tular di kalangan netizen Jepun, difahamkan kumpulan wanita rakyat Malaysia yang menyewa kenderaan berwarna putih itu telah meletakkannya secara ‘double park’ di kawasan tidak bersesuaian iaitu di antara dua kereta yang semestinya bukan petak parkir.
Malah insiden itu berlaku di kawasan parkir berbayar di mana setiap kenderaan mempunyai ruang parkir sendiri.
松本城付近の駐車場で大変なことになってるwww
— グレ。 (@keepthefree1) April 29, 2024
迷惑駐車ってレベルじゃない…
どうやって停めたの???#松本市#迷惑駐車#立ち往生 pic.twitter.com/zXj5juYmXW
Lelaki kenderaan hadapan awalnya sangka berlaku pelanggaran
Memetik laporan News Tv Asahi, seorang lelaki yang merupakan penduduk di wilayah Aichi awalnya menyangkakan ia adalah kemalangan kerana seperti berlaku pelanggaran.
Namun dia yang parkir kenderaannya di bahagian depan kereta putih itu menjadi bingung kerana langsung tiada kesan pelanggaran.
“Awalnya, semasa dilihat pada jarak jauh, ia seperti pelanggaran. Saya sangka ia adalah kemalangan, namun apabila saya melihatnya semula. Saya perasan ia langsung tidak melanggar kenderaan saya kerana terdapat jarak.
“Bagaimana ia boleh mempunyai jarak sangat dekat tetapi tidak berlanggar. Saya rasa kagum ia langsung tidak berlanggar,” ujar lelaki itu.
Terpaksa panggil kontraktor selesaikan masalah
Walau bagaimanapun, kata lelaki berkenaan pemandu wanita dari Malaysia itu asyik memintanya untuk mengundurkan kenderaan ke belakang kerana masih ada ruang pada parkir tersebut.
Bukan hanya itu, mereka juga turut meminta kunci kenderaan lelaki terbabit untuk ‘membantunya’ mengundur kereta tersebut.
Namun lelaki terbabit enggan melakukannya kerana bimbang tindakan itu akan merosakkan keretanya.
Akhirnya mereka terpaksa memanggil kontraktor untuk menyelesaikan isu tersebut, dan selepas tiga jam kereta dapat dikeluarkan dari situasi sukar tersebut.
Kisah kereta yang disewa sekumpulan wanita itu turut sohor di laman X yang dikongsikan oleh seorang rakyat Malaysia yang mahir berbahasa Jepun.
Rakyat Malaysia di mention dalam news dekat Jepun ni sebab parking dekat parking space macam ni dan menimbulkan kemarahan rakyat Jepun. Ini parking berbayar yang dah ada space utk setiap kereta, dan tak boleh double park macam ni. Kenapa buat camni sampai menyusahkan orang ya 😩 https://t.co/E396MRjyQr pic.twitter.com/t92bQVC6zH
— Superpja (@pja_chan) May 10, 2024