fbpx
Now Reading
Isu Pencen Penjawat Awam Belum Muktamad & Akan Dibahas Di Dewan Rakyat – PM Anwar Ibrahim

Isu Pencen Penjawat Awam Belum Muktamad & Akan Dibahas Di Dewan Rakyat – PM Anwar Ibrahim

Menurut Anwar, isu pencen penjawat awam sebenarnya sudah lama iaitu sewaktu beliau menjadi menteri kewangan pada sekitar 90-an lagi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak beberapa minggu lalu, isu mengenai pencen penjawat awam telah menjadi satu perbualan hangat di kalangan rakyat Malaysia.

Perkara itu menjadi diskusi selepas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid memberitahu kabinet bersetuju penjawat awam baru yang berstatus tetap tidak diberikan pencen.

Malah ia akan ditukarkan kepada caruman dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Sebaik perkara itu dimaklumkan, ia telah menerima pelbagai reaksi di kalangan orang ramai apabila ada yang kurang bersetuju perkara itu dilakukan.

Baca artikel berkaitan: Hapuskan Pencen Menteri & Wakil Rakyat, Naikkan Gaji Penjawat Awam – Syed Saddiq [Video]

Baca artikel berkaitan: Mansuhkan Pencen Wakil Rakyat Dahulu, Kata CUEPACS

Isu pengambilan penjawat awam kontrak dan tak berpencen akan dibentang di Dewan Rakyat

Terbaharu Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan isu berhubung pengambilan penjawat awam lantikan kontrak serta tidak berpencen akan dibahaskan di Dewan Rakyat untuk mendapat persetujuan Kabinet.

Ujar beliau, isu mengenai pencen bagaimanapun masih lagi belum dimuktamadkan selain ia perlu diperjelaskan kepada penjawat awam baharu.

Ini agar penjawat awam baharu mendapat maklumat dan tidak merasakan mereka berada di kalangan kelompok yang rugi kerana sistem saraan itu dilakukan.

“Kalau tanya saya, saya boleh tangguh biar PM lain yang buat, tapi sampai di suatu peringkat tak boleh bayar, sebab itu kita kena lihat fakta, unjurannya.

“Kes berkaitan isu pencen penjawat awam ini sudah lama, semasa saya menjadi menteri kewangan dulu iaitu tahun 90-an, ada cadangan untuk mengkaji semula bahawa keputusan untuk membatalkan skim saraan pencen ini dikemukan sejak tahun 90-an.

“Memang untuk orang politik berbeza, tapi saya fikir munasabah kalau kita kaji sekali jika bagi penjawat ditiadakan, orang politik pun ditiadakan, namun ia tertakluk kepada keputusan di Parlimen.

“Kalau Kabinet bersetuju, saya akan bentangkan (di Dewan Rakyat) dan kalau ada Ahli Parlimen hendak tolak, dia tolak tapi saya akan bentang atas tanggungjawab moral,” ujarnya, dipetik Harian Metro.

Sedia dapatkan pandangan dari Ahli Parlimen

Beliau bagaimanapun sedia untuk mendapatkan padangan dari Ahli Parlimen berhubung perkara tersebut meskipun kelak akan ada yang meminta elaun khas serta lain-lain seperti penjawat awam.

“Saya akan dengar kerana setakat ini belum lagi bentangkan kepada Ahli-Ahli Parlimen kecuali perbincangan awal. Sukar bagi saya hendak nyatakan jika dibuat pengecualian kepada orang politik.

“Kalau dia hendak elaun khas atau yang lain seperti juga penjawat awam, boleh bincang tetapi dari segi konsistensi dalam memperkenalkan sesuatu dasar, ia perlu bersama,” katanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.