“Selamat Kembali!” – Ramai Teruja Dengan Pelantikan Semula Dr Dzulkefly Sebagai Menteri Kesihatan
Dr Dzulkefly sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai Menteri Kesihatan pada tahun 2018 namun digugurkan daripada portfolio tersebut pada tahun 2020 akibat perubahan kerajaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak Oktober yang lalu, timbul desas-desus dan khabar angin mengenai berita bakal berlakunya rombakan kabinet.
Antara punca yang menyebabkan khabar angin itu timbul antaranya adalah seperti kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup setelah kematian menterinya Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Setelah hampir dua bulan teka-teki mengenai berita rombakan kabinet, hari ini (12 Disember), Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim secara rasminya telah mengumumkan senarai Jemaah Menteri yang baru.
Menerusi pengumuman tersebut, beberapa portfolio dan kedudukan menteri berubah malah ada di antara mereka yang sebelum ini pernah menjadi ahli kabinet dilantik semula antaranya seperti Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, M.Kulasegaran, Gobind Singh Deo dan Datuk Seri Dr Haji Dzulkefly Ahmad atau lebih dikenali sebagai Dr Dzul.
Baca Artikel Berkaitan: Rombakan Kabinet: Ini Senarai Jemaah Menteri Yang Diumumkan PMX Anwar Ibrahim
Warganet Teruja Dengan Pelantikan Dr Dzul
Pelantikan semula Dr Dzul sebagai Menteri Kesihatan nyata mengundang reaksi positif daripada rakyat.
Menerusi tinjauan di platform Twitter (X), rata-rata warganet teruja dengan pelantikan semula itu. Malah, nama beliau turut menjadi ‘trending’ di platform tersebut susulan pelantikan itu.
Kebanyakan warganet mengharapkan agar pelantikan beliau dapat mengukuhkan kembali pentadbiran dan pengurusan terutamanya melibatkan sektor kesihatan.
Ini kerana majoritinya masih lagi mengingati jasa beliau ketika menggalas jawatan sebagai Menteri Kesihatan pada tahun 2018 antaranya seperti penguatkuasaan undang-undang larangan merokok di tempat awam serta kes buli di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Dr Dzul kembali sebagai Menteri Kesihatan.
— Roman Akramovich (@SyedAkramin) December 12, 2023
Kaki rokok di premis makanan, watch out!! pic.twitter.com/7lCNcuCzBF
3 most IMPACTFUL changes from today, imo:
— Thevesh (@Thevesh) December 12, 2023
1) Dr Dzul back to MoH. MoH really needed this one.
2) Gobind to Digital Ministry. With major digitalisation ongoing in Msia, vital to have a good captain.
3) Amir Hamzah as MK2. Operational support for PMX.
Untuk info, Perdana Menteri berkata, pemilihan semula Dr Dzul sebagai Menteri Kesihatan kerana pengalamannya serta bagi membantu menangani isu di kementerian berkenaan.
Beliau sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai Menteri Kesihatan pada tahun 2018 namun digugurkan daripada portfolio tersebut pada tahun 2020 akibat perubahan kerajaan.
Pada kali ini, beliau dilantik semula bagi menggantikan Dr Zaliha Mustafa yang dilantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Perekutuan).
Berikut antara komen warganet:
Yes! Dr Zul Memang Bagus Dekat KKM
Harap Bos Baru Keras Sikit Bab Merokok Dekat Tempat Awam
Dr Zul Ada Pengalaman Jadi Menteri Kesihatan
Harap Penguatkuasaan Makin Ketat
Selamat Kembali & Sealmat Bertugas Dr Zul!
Baca Artikel Berkaitan: Rombakan Kabinet: Ini Senarai Jemaah Menteri Yang Diumumkan PMX Anwar Ibrahim
Baca Artikel Berkaitan: Larangan Merokok di Bangunan Parlimen Disifatkan Diskriminasi?