Rombakan Kabinet: Ini Senarai Jemaah Menteri Yang Diumumkan PMX Anwar Ibrahim
Steven Sim Chee Keong dilantik menjadi Menteri Sumber Manusia yang baharu bagi menggantikan V.Sivakumar digugurkan daripada senarai jemaah menteri.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi (12 Disember) mengumumkan senarai rombakan Kabinet selepas setahun Kerajaan Madani memerintah negara.
Terdapat beberapa senarai jemaah menteri yang ditukar selain Jabatan Kementerian juga ada yang dipecahkan.
Berikut senarai jemaah menteri baharu Kerajaan Madani:
Perdana Menteri & Timbalan Perdana Menteri
Datuk Seri Anwar Ibrahim
Timbalan Perdana Menteri I: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Perdana Menteri II: Datuk Seri Haji Fadhillah Haji Yusof
Menteri Kewangan
Datuk Seri Anwar Ibrahim
Menteri Kewangan II: Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Timbalan Menteri Kewangan: Lim Hui Ying
Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Timbalannya: Datuk Hajah Rubiah Wang
Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam
Datuk Seri Fadillah Yusof
Timbalannya: Haji Akmal Nasrullah Mohd Nasir
Menteri Pengangkutan
Anthony Loke Siew Fook
Timbalannya: Datuk Haji Hasbi Haji Habibollah
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Datuk Seri Haji Mohamad Sabu
Timbalannya: Datuk Arthur Joseph Kurup
Menteri Ekonomi
Mohd Rafizi Ramli
Timbalannya: Datuk Hajjah Hanifah Hajar Taib
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan
Nga Kor Ming
Timbalannya: Datuk Aiman Athirah Sabu
Menteri Luar Negeri
Datuk Seri Haji Utama Mohamad Hasan
Timbalannya: Datuk Mohamad Alamin
Menteri Kerja Raya
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi
Timbalannya: Datuk Seri Haji Ahmad Haji Maslan
Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
Timbalannya: Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Haji Nasarah
Menteri Pelaburan, Perdangangan dan Industri
Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz
Timbalannya: Liew Chin Tong
Menteri Pertahanan
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Timbalannya: Adly Zahari
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
Chang Lih Kang
Timbalannya: Datuk Haji Mohammad Yusoff Apdal
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Datuk Seri Hajah Nancy Shukri
Timbalannya: Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi)
Datuk Seri Azalina Othman Said
Timbalannya: M.Kulasegaran V.Murugeson
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam
Nik Nazim Nik Ahmad
Timbalannya: Datuk Seri Huang Tiong Sii
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Datuk Ewon Benedick
Timbalannya: Datuk Ramanan Ramakrishnan
Menteri Pendidikan Tinggi
Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir
Timbalannya: Datuk Mustapha@Mohd Yunus Sakmud
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya
Datuk Seri Tiong King Sing
Timbalannya: Khairul Firdaus Akbar Khan
Menteri Komunikasi
Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil
Timbalannya: Teo Nie Ching
Menteri Pendidikan
Fadhlina Sidek
Timbalannya: Wong Kah Who
Menteri Perpaduan
Datuk Aaron Ago Anak Dagang
Timbalannya: Saraswathy Kandasami
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
Datuk Setia Dr. Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar
Timbalannya: Dr. Zulkifli Hassan
Menteri Belia dan Sukan
Hannah Yeoh Tseow Suan
Timbalannya: Adam Adli Abd Halim
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan)
Dr. Zaliha Mustafa
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Datuk Armizan Mohd Ali
Timbalannya: Hajah Fuziah Salleh
Menteri Perladangan dan Komoditi
Datuk Seri Johari Abdul Ghani
Timbalannya: Datuk Chan Foong Hin
Menteri Kesihatan
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad
Timbalannya: Datuk Lukanisman Awang Sauni
Menteri Digital
Gobind Singh Deo
Timbalannya: Datuk Ugak Anak Kumbong
Menteri Sumber Manusia
Steven Sim Chee Keong
Timbalannya: Datuk Seri Abdul Rahman Haji Mohamad
Dijangkakan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia oleh Menteri Persekutuan akan berlangsung di Istana Negara pada jam 2.30 petang ini.