fbpx
Now Reading
Hanya Yang Ada Kad ID Khas & Layak Boleh Beli Minyak Masak Paket Bermula Tahun Depan – Fuziah Salleh

Hanya Yang Ada Kad ID Khas & Layak Boleh Beli Minyak Masak Paket Bermula Tahun Depan – Fuziah Salleh

Inisiatif yang akan bermula pada tahun hadapan ini adalah sebagai langkah bagi memastikan subsidi dapat dinikmati oleh golongan yang sepatutnya dan tidak berlaku penjualan kepada golongan yang tidak layak antaranya seperti warga asing.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sama seperti beras, minyak masak juga merupakan antara barang keperluan yang tersenarai sebagai barang subsidi.

Ia boleh dinikmati oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira status dan kerajaan menanggung keseluruhan kos tersebut bagi mengurangkan beban rakyat.

Namun, akibat daripada beberapa isu yang timbul antaranya pembelian minyak masak paket oleh golongan yang tidak sepatutnya, kerajaan bakal memperkenalkan inisiatif khas khusus bagi menangani isu ini.

Bakal Wujudkan Kad ID Khas Buat Golongan Yang Layak

Menurut Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Fuziah Salleh, kerajaan telah menetapkan hanya golongan yang mempunyai pengenalan diri (ID) khas dan disahkan layak boleh membeli minyak masak paket bersubsidi.

Inisiatif yang akan bermula pada tahun hadapan ini adalah sebagai langkah bagi memastikan subsidi dapat dinikmati oleh golongan yang sepatutnya dan tidak berlaku penjualan kepada golongan yang tidak layak antaranya seperti warga asing.

“Pada ketika ini kerajaan keluarkan 60 juta paket minyak masak bersubsidi setiap bulan, akan tetapi aduan diterima ialah ia tidak boleh didapati di pasaran dan selalu habis.

“Sekarang ini minyak masak paket berada di pasaran terbuka. Kita mahu sasarkan kepada yang memerlukan, supaya tidak berlaku penjualan kepada yang tidak sepatutnya,” kata beliau.

Perihal Minyak Masak Paket- Sekarang ini minyak masak paket berada di pasaran terbuka. Kita mahu sasarkan kepada yang…

Posted by Fuziah Salleh on Sunday, 1 October 2023

Hanya Yang Ada ID Sahaja Boleh Beli Minyak Masak Paket

Tambah beliau, hanya individu atau kumpulan yang mempunyai ID Khas dan layak sahaja dibenarkan untuk membeli minyak masak paket bersubsidi.

“Ramai yang bertanya mengapa tidak gunakan kad pengenalan (IC) atau MySejahtera. Ini kerana keperluan keluarga tidak sama dengan keperluan peniaga mikro.

“Lagi satu ialah golongan T20 tidak layak terima subsidi minyak masak paket. Maka perlu kepada ID yang berbeza,” kata beliau lagi.

Tambah beliau lagi, sekiranya pembelian minyak masak dihadkan kepada tiga atau lima kilogram, peniaga akan berhadapan dengan masalah.

Malah, penggunaan ID yang berbeza ini dapat membantu menghalang golongan yang tidak sepatutnya daripada menikmati produk subsidi.

Menerusi satu kemas kini pada jam 1.00 tengahari (2 Oktober), beliau memaklumkan kerajaan juga sedang mempertimbangkan untuk menggunakan MyKad sekiranya ia dapat memudahkan urusan orang ramai.

“Berkenaan dengan peniaga mikro kita perlu bincang lagi sebab mereka tak semua berdaftar,” ujar beliau lagi.

Subsidi Minyak Bersasar Langkah-langkah yang telah diambil menunjukkan bahawa kita berada di landasan yang betul dalam…

Posted by KPDN Laman Rasmi on Saturday, 30 September 2023

5.8 Juta Isi Rumah Sudah Dikenal pasti

Bagi memastikan inisiatif ini dapat dilaksanakan dengan baik, kerajaan telah mengenal pasti kumpulan sasar yang terdiri daripada 5.8 juta isi rumah golongan M40 dan B40.

Kementerian akan turut menambah kira-kira sejuta pengguna dalam kalangan usahawan mikro yang memerlukan minyak masak paket seperti peniaga ayam goreng, pisang goreng dan keropok lekor.

Jelasnya, KPDN turut mewujudkan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) iaitu agensi di bawah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi mengemaskini dan membersihkan semua data.

Baca Artikel Berkaitan: “Subsidi Untuk Rakyat Tapi..” – KPDNHEP Batalkan Lesen 15 Syarikat Bungkus Minyak Bersubsidi [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Pelanggan Mengamuk, Dakwa Pekerja Warga Asing Di Pasar Raya Sorok Minyak Masak Paket Untuk Kegunaan Rakan [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.