fbpx

Pelanggan Mengamuk, Dakwa Pekerja Warga Asing Di Pasar Raya Sorok Minyak Masak Paket Untuk Kegunaan Rakan [Video]

Kekecohan itu dikatakan berpunca akibat tindakan pekerja pasar raya tersebut yang merupakan warga asing menyimpan minyak masak paket untuk rakannya di tepi kaunter pembayaran.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebut sahaja tentang subsidi, ia merupakan satu bentuk bantuan kerajaan khususnya buat rakyat Malaysia yang memerlukan.

Ia terdiri daripada tiga jenis iaitu subsidi barang, tunai dan pukal. Bagi subsidi barang dan tunai, manfaat ini akan terus disalurkan kepada kumpulan sasar. Manakala, bagi subsidi pukal, faedah ini boleh dinikmati oleh semua.

Oleh kerana subsidi pukal yang merangkumi barang kawalan seperti tepung gandum, gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak boleh dinikmati oleh semua, ia kadang kala boleh menimbulkan isu antaranya seperti sikap segelintir individu yang mengambil kesempatan atas bantuan yang diberikan.

Warga Asing Simpan Minyak Masak Paket Untuk Kawan

Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna di akaun TikTok @bonsaiseller, kelihatan berlaku satu kekecohan di sebuah pasar raya di antara pekerja dan pembeli.

Kekecohan itu dikatakan berpunca akibat tindakan pekerja pasar raya tersebut yang merupakan warga asing menyimpan minyak masak paket untuk rakannya.

“Warga asing simpan (sorok) minyak untuk kaum depa,” tulis pengguna berkenaan menerusi video tersebut.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di pasar raya yang terletak di Jalan Peel, Kuala Lumpur. Dakwa perakam video, tiada stok minyak paket yang disediakan di kedai berkenaan.

“Minyak untuk kawan-kawan dia sahaja, untuk warga Malaysia, tiada,” katanya lagi.

Pengguna Lain Turut Bengang

Menerusi video yang telah mendapat tontonan lebih 1.8 juta itu, kelihatan pelanggan lain turut bengang dan marah dengan tindakan pekerja pasar raya tersebut.

Malah, ada di antara mereka yang menjerit tidak puas hati kepada pekerja berkenaan namun, mereka hanya mendiamkan diri.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut geram dan marah dengan apa yang dilihat dalam video berkenaan.

Malah, ada segelintir daripada mereka yang turut berkongsikan pengalaman yang sama ketika membeli belah di cawangan lain pasar raya berkenaan.

Ada juga yang menyarankan pihak berkuasa terutamanya pegawai dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup (KPDN) untuk turun padang bagi menyiasat perkara sebenar.

KPDN Pergi Siasatlah, Apa Benda Semua Ini

Patut Banyak Kali Pergi Sini Je Habis, Padahal Pagi Kot

Sepatutnya Barang Harga Subsidi Ini Untuk Rakyat Malaysia Je

Warga Asing Mana Boleh Jadi Cashier

Dah La Minyak Paket Pula Tu

Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Tersilap Langkah Dalam Pemberian Subsidi – Ahmad Maslan

Baca Artikel Berkaitan: Seleweng Minyak Masak Subsidi Campurkan Dengan Minyak Sembahyang Demi Keuntungan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.