Scammer Di India Tiru Suara Kanak-Kanak Guna AI Untuk Perangkap Ibu Bapa
Menurut Singh, suara budak yang dia dengar itu sama seperti anak lelakinya menyebabkan dia lantas memindahkan wang berjumlah RM576 tanpa memeriksa keberadaan anaknya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Di zaman teknologi kini pelbagai perkara menjadi mudah dan semuanya hanya di hujung jari.
Walau bagaimanapun, dalam kemudahan yang dirasai oleh orang ramai ini, ada juga segelintir individu yang mengambil kesempatan apabila menggunakannya untuk melakukan jenayah.
Sebagai contoh teknologi Artificial Intelligence (AI) pada hari ini banyak juga digunakan kepada perkara yang tidak baik seperti membuat gambar yang tidak senonoh sehingga menimbulkan fitnah, menipu dan sebagainya.
Tidak kurang juga cubaan menipu orang ramai dengan menggunakan suara AI yang mirip selebriti terkenal demi mengaut keuntungan.
Baca artike berkaitan: “Scammer Alaf Baru” – Peniaga Guna Suara AI Siti Nurhaliza & Aaron Aziz Untuk Promosi Barang Jualan Secara Online
Seorang bapa hampir terpedaya apabila ada individu dakwa anak ditahan polis bersama sekumpulan perogol
Perkara sama turut berlaku di India apabila seorang bapa menerima panggilan daripada nombor tidak dikenali dari luar negara yang mendakwa dia seorang pegawai polis.
Panggilan telefon itu telah diterima oleh lelaki yang dikenali sebagai Himanshu Shekhar Singh pada Januari lalu.
Lelaki yang menyamar menjadi pegawai polis itu kemudian memaklumkan anak lelaki Singh yang berusia 18 tahun telah ditahan polis dengan sekumpulan perogol.
Susulan itu, mereka memerlukan sebanyak RS30,000 (RM1,728) untuk membersihkan nama, lapor The Straits Times memetik laporan media India pada 12 Februari lalu.
“Beberapa minit selepas itu, saya dengar suara berkata ‘Ayah tolong bayar kepada dia, mereka memang polis yang sebenar, tolong selamatkan saya.
“Saya tidak dapat membezakannya walaupun sesaat bahawa itu bukan anak saya. Cara dia bercakap dan menangis semuanya sama,” beritahunya kepada The Indian Express.
Pindahkan wang sebanyak RM576 sebelum periksa keberadaan anak
Menurut Singh insiden yang berlaku pada 8 Januari lalu itu membuatkan dia sangsi dan takut sekiranya individu yang menghubunginya itu adalah penculik maka dia membuat pembayaran sebanyak RS10,000 (RM576).
Dia kemudian mengambil keputusan untuk memeriksa keberadaan anaknya sebelum mengetahui remaja itu sedang mengambil ujian di sebuah pusat pendidikan.
Insiden ini merupakan tiga daripada kes utama yang pernah menggegarkan New Delhi pada beberapa minggu lalu apabila ada yang menggunakan AI untuk menipu dengan memalsukan suara kanak-kanak.
Malah tindakan itu dilakukan untuk memerangkap ibu bapa di luar sana untuk memindahkan wang kepada si pelaku.