fbpx

Analisis Dapati 8 Juta Pekerjaan Di UK Bakal Lenyap, AI Jadi Pengganti

Susulan itu, IPPR menggesa kerajaan UK untuk melaksanakan strategi perindustrian yang adil bagi menjamin masa depan para pekerja.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dalam meniti arus kemodenan ini, tidak dinafikan penggunaan kecerdasan buatan (AI) semakin mendapat tempat kerana dilihat lebih memudahkan dan mempercepatkan sesuatu urusan.

Bagaimanapun, di sebalik kebaikan dan manfaat yang mampu diperoleh daripada sistem ini, terdapat juga kesan buruknya terhadap pekerjaan untuk jangka masa panjang.

Menurut BH yang memetik The Independent, analisis yang dijalankan oleh Institut Kajian Dasar Awam (IPPR) mendapati United Kingdom (UK) tidak terkecuali daripada berdepan ‘ancaman’ teknologi berkenaan.

Foto: Pexels

8 juta pekerjaan di UK bakal lenyap

Laporan itu menganggarkan lapan juta pekerja di UK diramalkan bakal lenyap susulan kewujudan dan kemajuan AI.

Susulan itu, IPPR menggesa kerajaan UK untuk melaksanakan strategi perindustrian yang adil bagi menjamin masa depan para pekerja.

Laporan yang dijalankan institut terbabit mengenal pasti dua peringkat utama penggunaan AI secara generatif. Gelombang pertama, sedang dijalankan dan gelombang kedua di mana syarikat akan mengintegrasikan teknologi AI dengan lebih mendalam dalam urusan mereka.

Menurut laporan itu, integrasi AI dalam urusan syarikat adalah satu peringkat yang mencadangkan sebanyak 95% daripada tugas dilakukan pekerja berisiko terdedah untuk diganti dengan sistem automasi AI sekiranya tiada campur tangan.

Gelombang pertama

Dijangka bahagian pentadbiran dan sokongan, pekerjaan yang mengkehendaki sedikit pengalaman dan kerja sambilan paling berisiko untuk diganggu gelombang pertama.

Laporan berkenaan turut menyenaraikan pekerjaan yang diramal bakal lenyap seperti bidang kesetiausahaan, perkhidmatan pelanggan dan banyak lagi.

Gambar sekadar hiasan (Foto: Pexels)

Golongan wanita dan orang muda juga berkemungkinan besar akan terjejas dengan kehadiran AI ini.

Selain itu, mereka yang bergaji lebih rendah juga dikenal pasti sebagai golongan paling terdedah untuk digantikan dengan AI.

Gelombang kedua

Bagi gelombang kedua pula, mereka meramalkan AI boleh menyebabkan 7.9 juta orang kehilangan pekerjaan dan tiada keuntungan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Pun begitu, laporan itu mencadangkan jika kerajaan dan industri proaktif dalam melindungi pekerja apabila penggunaan AI semakin meningkat, memungkinkan terdapat manfaat ekonomi yang besar.

Bagaimanapun, jika penggunaan AI dapat disepadukan dengan kemahiran manusia, ia dijangka boleh membawa peningkatan ekonomi sebanyak 13% kepada KDNK bersamaan kira-kira 306 bilion pound (RM1.79 trilion) setahun.

Sementara itu, menurut Ahli Ekonomi Kanan di IPPR, Jung, AI generatif sedia ada boleh membawa kepada gangguan pasaran buruh yang besar.

Foto: Pexels

AI boleh tingkatkan pertumbuhan ekonomi

Beliau tidak menolak kemungkinan jika AI boleh meningkatkan pertumbuhan ekonomi secara besar-besaran.

“Banyak firma sudah melabur di dalamnya dan ia berpotensi untuk mempercepatkan lebih banyak tugas apabila lebih banyak perniagaan menggunakannya.

“Dalam tempoh lima tahun akan datang, ia boleh mengubah pengetahuan kerja. Persoalannya sekarang adakah AI berguna? Seberapa pantas dan bagaimana majikan akan menggunakannya?

“Sejarah menunjukkan bahawa peralihan teknologi boleh menjadi rahmat jika diurus dengan baik atau boleh berakhir dengan gangguan sekiranya dibiarkan tanpa kawalan,” katanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.