fbpx
Now Reading
[Video] Julie’s Cipta Iklan Raya Luar Kotak. Bangkitkan Isu Penting, Tapi Guna AI Je!

[Video] Julie’s Cipta Iklan Raya Luar Kotak. Bangkitkan Isu Penting, Tapi Guna AI Je!

Iklan Raya Julie’s 2024 menceritakan tentang permasalahan yang telah membelenggu orang ramai dengan menggunakan teknologi AI sebagai topik.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Peredaran zaman tidak dinafikan bergerak dengan begitu pantas.

Hari demi hari– ada sahaja teknologi terkini yang diperkenalkan kepada dunia. Teknologi baharu itu juga dilihat telah memudahkan kerja orang ramai di mana orang ramai tidak perlu lagi mengeluarkan tenaga kerja yang banyak.

Salah satu contoh tekonologi terbaharu yang diperkenalkan adalah: Artificial Intelligence (AI).

Sumber: Envato

Untuk pengetahuan umum, AI ialah sejenis teknologi dalam bidang sains komputer yang mempunyai kebolehan khusus untuk menyelesaikan masalah. Kecerdasan teknologi AI bukan sahaja mampu menyaingi kebolehan kognitif manusia, malah ia mampu membantu pelbagai pekerjaan manusia baik yang mudah hinggalah kepada tugasan yang kompleks.

Contoh Artificial Intelligence (AI) yang digunakan secara meluas ialah ChatGPT. Sejak akhir tahun 2020, teknologi AI ini telah dikeluarkan oleh Open AI dan telah menarik perhatian ramai orang.

Sumber: Envato

Malah, kehadirannya mampu menyokong pelbagai bentuk kerja manusia seperti mencari maklumat dengan lebih pantas, sumbang saran idea, atau membantu mencari rujukan untuk tugasan akademik.

Bukan itu sahaja, sejak beberapa tahun ini teknologi AI terus maju ke hadapan apabila mampu menghasilkan imej dengan hanya berpandukan ‘prompt’ yang disediakan manusia.

Ini seterusnya menekankan betapa bergunanya teknologi AI untuk kehidupan seharian.


AI Boleh Buat Iklan Raya?

Kan kami dah cakap, AI sememangnya mampu untuk membantu manusia menyelesaikan tugas mereka dengan lebih mudah dan pantas. Sama juga seperti tugasan untuk sesebuah syarikat yang ingin mencipta iklan raya.

AI boleh bantu. Tapi topik yang ingin diketengahkan, perlulah sesuatu yang relevan.

Sumber: Envato

Sebagai contoh, iklan Raya Julie’s 2024 menceritakan tentang permasalahan yang telah membelenggu orang ramai, tapi dengan menggunakan teknologi AI. Agak-agak macam manalah hasil AI untuk menghasilkan topik ini kan?

Kita semua cakna bahawa kedua-dua gender (lelaki dan wanita) memiliki keistimewaan tersendiri dan masing-masing mempunyai tugas dan amanah diberikan untuk memastikan tanggungjawab dilunaskan dengan mudah.

Sumber: Envato

Dan bukannya lelaki sahaja boleh memandu kenderaan, sementara wanita sahaja yang perlu memasak di dapur. Dua-dua sama sahaja– boleh saling membantu dalam melakukan setiap tugasan.


Julie’s Level Up: Iklan Raya Guna AI Je! Wow, Padu!

Seperti tahun-tahun sebelumnya, setiap jenama akan mengeluarkan iklan raya edisi mereka dengan topik dan tema tertentu yang ingin diketengahkan.

Sebagai contoh, jenama biskut Julie’s yang terkenal dengan biskut ‘Love Letters’ mereka pada tahun ini telahpun mengeluarkan iklan raya yang amat bermakna dan relevan buat semua.

Ini kerana mesej tersurat dan tersirat yang disampaikan menerusi iklan raya ini begitu menarik dan boleh dikatakan ‘solid’ untuk membincangkan isu yang masih belum selesai sehingga kini. Kalau nak tahu lebih, kenalah tengok sendiri.

Disclaimer: Video ini disunting seolah-olah ia masih dalam proses pembikinan dan editing menggunakan bantuan AI (Artificial Intelligence).


AI Kurang Bijak Atau Isu Stereotaip Masih Membelenggu?

Meskipun kesemua babak dicipta menggunakan teknologi AI, namun ada sahaja permasalahan oleh kerana ianya masih lagi dalam proses pembangunan untuk disempurnakan – selain turut ‘terjebak’ dengan stereotaip yang sering menghantui masyarakat.

Oleh disebabkan itu, program AI secara automatik telah ‘capture’ perbuatan stereotaip tersebut. Dalam erti kata mudah, AI pun ada buat ‘salah’ kerana AI meniru tingkah laku dan kepintaran/kecerdasan otak manusia.

Seperti menerusi video berkenan, Hassan selaku video editor dilihat panik kerana tidak ingin dimarahi oleh Miss Aisha yang tanpa henti mengatakan bahawa program AI yang digunakan oleh Hassan untuk menyunting video tersebut seolah-olah tidak membantu dan memiliki isu stereotaip.

Jadi, di mana silapnya?

Hassan yang sudah bertungkus-lumus menukarkan peranan jantina dalam video berkenaan dilihat masih gagal sehinggalah mereka secara tiba-tiba disedut oleh ‘server’ dibawa ke sebuah lokasi tidak diketahui yang penuh dengan televisyen lama dan seorang gadis berada di hadapan televisyen tersebut.

Setelah itu, terjadilah sesuatu yang tidak disangka-sangka.

Memang korang akan terkejut dengan apa yang berlaku. Kalau korang nak tonton sendiri Iklan Raya Julie’s ini, boleh terus ke YouTube, Facebook, Instagram, dan TikTok Julie’s. Atau boleh klik je link kat bawah ini:


Biskut Julie’s Love Letters

Peminat tegar Julie’s mesti amat menggemari biskut Love Letters mereka yang mempunyai tiga (3) perisa klasik iaitu Coklat, Strawberi, Vanila.

Semuanya sedap-sedap belaka.

Kalau makan satu memang tak cukup. Bila tengok TV sambil mengunyah, mau habis satu balang tanpa disedari.

Biskut ‘Love Letters’ oleh Julie’s ini sememangnya sesuai dihidangkan buat meraikan insan tersayang ataupun buat diri sendiri. Kalau nak hidangkan untuk kanak-kanak datang pada Hari Raya Aidilfitri nanti pun boleh. Bolehlah buat kudapan beramai-ramai sambil borak.

Eh bukan itu je, korang juga boleh jadikan biskut Julie’s Love Letters ini sebagai buah tangan ataupun hadiah jika ingin bertandang ke rumah saudara-mara ketika musim perayaan nanti tau. Nak bawa pun senang dan sangat ‘presentable’. Tak perlu fikir packaging dah!

Untuk maklumat lanjut, boleh ke Facebook dan Instagram Julie’s!

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.