fbpx
Now Reading
Fakulti AI Perlu Diwujudkan Di Semua Universiti Di Malaysia – Mohamad Fauzan

Fakulti AI Perlu Diwujudkan Di Semua Universiti Di Malaysia – Mohamad Fauzan

Menurut Profesor Kuliyyah Teknologi Maklumat dan Komunikasi UIAM itu, masyarakat di negara ini menghadapi kekurangan daripada segi persediaan ke arah transformasi digital.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada zaman ini, teknologi kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI) semakin popular digunakan dalam kalangan masyarakat kerana dapat memudahkan sesuatu urusan atau tugasan.

Selain itu, bantuan teknologi AI ini juga dapat mengurangkan kesilapan manusia (human error) dengan amat ketara dan meningkatkan ketepatan.

Susulan itu, fakulti berkaitan AI perlu diwujudkan di semua universiti negara ini agar mahasiswa dapat meneroka teknologi tersebut dengan lebih mendalam.

Fakulti AI dapat membina dasar arah tuju teknologi itu pada masa hadapan

Pensyarah Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Datuk Dr Mohamad Fauzan Noordin berkata, menerusi fakulti tersebut, dasar bagi menentukan arah tuju AI pada masa depan boleh dibina.

“Negara kita hanya buat satu fakulti AI di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tetapi Emiriah Arab Bersatu (UAE) bukan sekadar dasar, namun mereka juga ada kementerian AI secara spesifik.

“Di Abu Dhabi ada lebih kurang 25,000 pelajar dan 57 sekolah awam yang akan dipantau secara langsung bagaimana mereka ini menjawab soalan dan sebagainya.

“Ini menunjukkan bila negara ada dasar mengenai AI, secara tidak langsung kita juga akan ada undang-undang untuk mengawal dan memantau teknologi ini supaya tidak memudaratkan,” katanya dipetik Sinar Harian.

Rakyat hadapi kekurangan persediaan ke arah transformasi digital

Menurutnya lagi, masyarakat di negara ini menghadapi kekurangan daripada segi persediaan ke arah mentransformasikan digital.

“Negara sedang ke arah ini (digital) tetapi budaya kita belum kerana masih ada yang tak ambil berat soal kata laluan yang memakai tarikh lahir, nombor plat kenderaan dan sebagainya.

“Malah di media sosial juga ramai yang masih berkongsi lokasi kita berada, makan apa dan ada dengan siapa,” katanya.

Undang-undang tentang AI perlu digubal

Susulan itu, Mohamad Fauzan berkata undang-undang mengenai AI ini perlu digubal dari semasa ke semasa.

“Jangan terlalu lambat sangat sebab teknologi ini bertukar dan berubah setiap enam bulan. Realitinya undang-undang kita 10 tahun baru nak tukar,” katanya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.