fbpx

“Do You Know Khairul Aming?” – KA Dikenali Hingga Ke London Buat Rakyat Malaysia Bangga [Video]

Pun begitu, pekerja terbabit menyatakan masih terdapat segelintir pelancong Malaysia yang ke sana tidak mengenali Khairul Aming semasa dia bertanyakan soalan sama.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Influencer dan usahawan, Khairul Aming sememangnya cukup dikenali oleh kebanyakan rakyat Malaysia kerana sikap positifnya yang disenangi ramai.

Selain popular dengan kandungan masakan terutamanya ketika bulan Ramadan, anak jati Kelantan itu juga berjaya dalam bidang perniagaan.

Maka tidak hairanlah sekiranya rata-rata rakyat Malaysia terutamanya golongan muda mengenali dan mengidolakan Khairul Aming.

Tular Khairul Aming dikenali hingga ke London

Bagaimanapun, siapa sangka selain berjaya mencipta nama di negara ini, Khairul Aming juga dikenali di London, United Kingdom (UK).

Perkara itu mula tular dan mendapat perhatian ramai selepas seorang lelaki rakyat malaysia yang dikenali sebagai Chris MJ memuat naik video di sebuah gerai makanan terkenal di London semasa dia sedang bercuti di sana.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya itu @chirsthechindian, Chris pada mulanya mengajukan soalan terlebih dahulu kepada pekerja-pekerja gerai terbabit mengenai asal usul mereka.

Selepas menjawabnya, pekerja berkenaan pula kembali mengajukan soalan sama kepada Chris dan rakannya.

Terus tanya ‘do you know Khairul Aming?’ selepas tahu Chris dari Malaysia

Apa yang mengejutkan, dua pekerja terbabit terus bertanya sama ada Chris dan rakannya mengenali Khairul Aming setelah mengetahui mereka berasal dari Malaysia.

“Awak kenal Khairul Aming? Dia pernah datang ke sini dan membuat video di kedai ini,” kata pekerja terbabit.

Pun begitu, pekerja terbabit menyatakan masih terdapat segelintir pelancong Malaysia yang ke sana tidak mengenali Khairul Aming semasa dia bertanyakan soalan sama.

@christhechindian

Brooo hebat la guys. Power @Khairulaming dah sampai London 💯 Terkejut kami bila Chef tiba tiba tanya “You know Khairulaming?” 😅 Of course la we know. Who in Malaysia don’t know ? 📍: Bomba Paella, Borough Market #SuduonTheStreet #StreetInterview #London #Fyp #foryoupage #tiktokmalaysia #malaysiatiktok #khairulaming #fypシ #makanhowmuch

♬ original sound – Chris MJ – Chris MJ

Sekadar info, gerai makanan yang dikenali sebagai Bomba Paella di Borough Market, London itu cukup dikenali para pelancong luar negara.

Bahkan, Khairul Aming juga pernah mengulas makanan di gerai terbabit semasa dia bersama rakan-rakan sedang bercuti di London.

Ramai bangga, Khairul Aming dikenali di luar negara

Sementara itu, memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial berbangga dengan kejayaan Khairul Aming sehingga dikenali di luar negara.

Malah tidak kurang juga yang mempersoal siapakah rakyat Malaysia yang tidak mengenali influencer terkenal itu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.