fbpx
Now Reading
Blogger Sepanyol Dirogol 7 Lelaki Terima Pampasan Lebih RM50,000 Dari Kerajaan India

Blogger Sepanyol Dirogol 7 Lelaki Terima Pampasan Lebih RM50,000 Dari Kerajaan India

Pihak polis kini telah berjaya menahan empat suspek yang disyaki terlibat dalam kes terbabit dan telah membawa mereka ke Mahkamah Tinggi Jharkhand pada Isnin lalu (4 Mac).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pasangan pelancong Sepanyol-Brazil yang tular baru-baru ini disamun dan dirogol tujuh lelaki di Jharkhand pada minggu lalu telah menerima pampasan daripada Kerajaan India sebanyak £10,000 (kira-kira RM51,000).

Memetik laporan The Independent, pasangan terbabit yang dikenali sebagai Fernanda, 28, dan Vicente, 64, itu juga telah diiring keluar daripada negara berkenaan dengan selamat oleh pihak polis.

4 suspek telah ditahan dan dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Jharkhand

Pihak polis kini telah berjaya menahan empat suspek yang disyaki terlibat dalam kes terbabit dan telah membawa mereka ke Mahkamah Tinggi Jharkhand pada Isnin lalu (4 Mac).

Ketua Polis Dumka, Pitamber Singh Kherwar berkata, pihaknya telah hampir berjaya menangkap semua suspek dan akan mendedahkan butiran kejadian dalam masa terdekat.

Berita mengenai insiden terbabit yang tular di seluruh dunia telah memberi pandangan negatif orang ramai terhadap India.

Pengembara blog jelajah di Asia Selatan dengan motosikal

Untuk info, Fernanda dan Vicente yang merupakan pengembara blog dengan jumlah pengikut lebih 300,000 di media sosial difahamkan sedang mengembara di Asia Selatan dengan menaiki motosikal.

Pasangan itu memasuki India di sempadan Pakistan, Amritsar pada pertengahan Julai 2023 dan telah mengembara merentasi negara itu sejak enam bulan yang lalu.

Sebelum ini mereka sudahpun menjelajah ke Sri Lanka dan Pakistan.

Insiden berlaku di saat ingin menuju keluar dari India dan masuk ke Nepal

Lebih menghampakan, kejadian yang tidak diduga oleh mereka itu berlaku di saat mereka sedang dalam perjalanan keluar dari India menuju ke Nepal pada Jumaat lalu (1 Mac).

Semasa kejadian, pasangan terbabit menghentikan jelajah motosikal mereka di Dumka untuk berehat dan bermalam dengan memasang khemah sebelum diserang individu-individu berkenaan.

Pihak kedutaan Sepanyol beri sokongan terhadap mangsa

Sementara itu, pihak kedutaan Sepanyol di India juga memberitahu The Independent bahawa mereka telah menghubungi pasangan itu untuk memberikan sokongan.

“Kedutaan Sepanyol kekal dalam hubungan berterusan dengan warganegara Sepanyol yang memerlukan, seperti dalam kes ini, dan terus berkomunikasi dengan pihak berkuasa India. Kedutaan amat berterima kasih kepada mereka,” katanya.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.