fbpx
Now Reading
Penumpang Di India Terperangkap Dalam Tandas Sepanjang Penerbangan Gara-Gara Pintu Rosak

Penumpang Di India Terperangkap Dalam Tandas Sepanjang Penerbangan Gara-Gara Pintu Rosak

Difahamkan anak kapal pesawat SpiceJet itu cuba membantu turut namun tidak berhasil lalu meminta lelaki berkenaan agar tidak panik dan kekal dalam tandas sehingga kapal terbang mendarat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap individu yang pernah menaiki pesawat pasti akan mempunyai pengalaman yang berbeza-beza.

Ada lucu, mengembirakan dan tidak kurang juga ada yang menyeramkan sehingga adakalanya memberikan trauma kepada penumpang.

Seorang penumpang di India terperangkap dalam tandas pesawat

Perkara sama turut berlaku kepada seorang penumpang lelaki di India apabila dia terpaksa duduk di dalam tandas pesawat lebih 45 minit kerana terperangkap.

Menurut India Times yang dipetik Indian Express, penumpang tersebut talah menggunakan tandas sebaik kapal terbang itu berlepas.

Namun selepas selesai menggunakan tandas berkenaan, kunci pada pintu tersebut tidak dapat dibuka kerana rosak dan menyebabkan dia terperangkap.

Terperangkap sejam gara-gara kunci rosak

Kejadian itu secara tidak langsung telah menyebabkan dia terpaksa duduk di dalam tandas itu sepanjang mendarat sehingga pesawat mendarat. Insiden tersebut turut disahkan oleh syarikat penerbangan terbabit.

“Seorang penumpang telah terperangkap di dalam tandas selama satu jam,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, ketika kejadian berlaku anak-anak kapal turut cuba membantu penumpang berkenaan untuk membuka pintu namun usaha mereka menemui jalan gagal.

Malah mereka turut meminta agar penumpang berkenaan untuk tidak panik.

“Jangan panik, kita akan mendarat lagi beberapa minit. Oleh itu anda diminta untuk menutup commode (bahagian tempat duduk tandas) dan selamatkan diri anda.

“Sebaik sahaja pintu utama dibuka, seorang jurutera kemudiannya datang.”

Foto: Via India Today

Dua jurutera pecahkan pintu untuk selamatkan penumpang

Penumpang berkenaan berjaya diselamatkan oleh dua jurutera yang terpaksa memecahkan pintu berkenaan untuk membawanya keluar.

Penumpang itu kemudiannya mendapat rawatan dengan segera.

Ujar syarikat pesawat SpiceJet kepada BBC, sepanjang perjalanan penumpang itu telah dibantu oleh anak kapal.

Ekoran daripada kejadian yang menimpa penumpang itu, syarikat tersebut kemudiannya memulangkan semula tambangnya dan memohon maaf.

“SpiceJet kesal dan mohon maaf atas kesulitan yang berlaku kepada penumpang. Tambang penumpang tersebut akan dipulangkan semula bayaran penerbangannya,” ujar syarikat itu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.