fbpx
Now Reading
Penerbangan Di China Terpaksa Ditunda Lebih 4 Jam, Gara-Gara Penumpang Baling Syiling Ke Enjin Pesawat [Video]

Penerbangan Di China Terpaksa Ditunda Lebih 4 Jam, Gara-Gara Penumpang Baling Syiling Ke Enjin Pesawat [Video]

Dalam video yang dikongsikan portal berita, pramugari turut menyoal penumpang terbabit berapa keping syiling yang dilemparkan ke dalam enjin pesawat berkenaan sebelum dia dibawa keluar oleh polis lapangan terbang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebuah penerbangan di China terpaksa ditunda lebih daripada empat jam pada 6 Mac lalu selepas terdapat penumpang yang bertindak membaling syiling ke dalam enjin pesawat.

Menurut media di China, pesawat CZ8805 milik China Southern Airlines pada awalnya telah dijadualkan untuk berlepas dari Sanya ke Beijing pada 6 Mac jam 10 pagi. Namun menerusi penjejakan dalm web Flightradar 24 pesawat itu tidak berlepas sehingga jam 2.16 petang waktu tempatan.

Penumpang akui lempar syiling sekitar tiga hingga lima keping

Malah di dalam beberapa video yang dikongsikan oleh media tempatan, dapat dilihat seorang pramugari menyoal penumpang yang dipercayai telah bertindak membaling syiling. Dia turut bertanya berapa keping syiling yang telah dilemparkan dalam enjin pesawat tersebut.

Penumpang yang identitinya dirahsiakan dari dalam video tersebut kemudian menjawab sekitar tiga hingga lima syiling telah dibaling.

Susulan itu, penumpang yang melempar duit syiling itu kemudiannya telah dibawa oleh polis lapangan terbang, lapor CNN yang memetik media kerajaan negara itu.

Syarikat penerbangan itu memaklumkan syiling berkenaan kemudiannya ditemui selepas pemeriksaan keselamatan dijalankan namun pihak itu tidak memperincikan berapa keping jumlah syiling yang dijumpai.

“Kakitangan penyelenggaraan pesawat menjalankan pemeriksaan keselamatan yang komprehensif dan menentukan bahawa tiada isu keselamatan sebelum berlepas,” jelas perkhidmatan pelanggan kepada media kerajaan.

Baling syiling simbolik sebagai doa penerbangan selamat

Dalam pada itu, syarikat penerbangan berkenan mengeluarkan amaran berhubung tindakan tidak bertanggungjawab tersebut di akaun Weibo.

Dalam amaran tersebut pihak berkenaan menegaskan tindakan membaling syiling ke pesawat boleh menimbulkan ancaman kepada penerbang dan boleh dihukum dengan pelbagai hukuman. Namun amaran yang dikeluarkan itu tidak merujuk kepada kejadian yang berlaku secara langsung.

Beberapa kejadian sama pernah berlaku

Insiden sama sebelum ini turut pernah berlaku di China pada beberapa tahun lalu di mana terdapat individu yang membaling syiling pada pesawat sebagai simbolik ‘nasib yang baik’.

Pada Oktober tahun lalu, penerbangan China Southern Airlines pernah ditunda dari Guangzhou selepas penumpang melakukan tindakan sama iaitu membaling syiling pada pesawat.

Manakala pada tahun 2021, penerbangan GX Airlines antara Weifang dan Haikou telah dibatalkan kerana beberapa syiling yang dibungkus dengan kertas merah ditemui berada di atas tanah.

Satu lagi insiden seorang warga emas turut melakukan hal yang sama sewaktu menaiki pesawat milik China Southern Airlines pada 2017 di Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong Shanghai, dan mendakwa ia ‘doa untuk penerbangan selamat’.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.