fbpx
Now Reading
Buaya Albino Di Zoo Amerika Syarikat Terpaksa Dibedah Selepas Telan 70 Keping Duit Syiling

Buaya Albino Di Zoo Amerika Syarikat Terpaksa Dibedah Selepas Telan 70 Keping Duit Syiling

Menurut pihak berkuasa Henry Doorly Zoo and Aquarium, mereka percaya duit syiling yang berada dalam perut buaya berkenaan dibuang oleh pengunjung ke dalam kandang haiwan terbabit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebuah zoo yang terletak di Nebraska, Amerika Syarikat telah memberi amaran kepada pengunjung untuk tidak membuang duit syiling ke dalam kolam yang mempunyai haiwan.

Amaran itu dikeluarkan selepas pihak zoo menjumpai duit syiling di dalam perut seekor buaya albino semasa pemeriksaan rutin dilakukan, lapor CNN.

Buaya terpaksa jalani pembedahan untuk keluarkan duit syiling

Susulan itu, buaya putih berkenaan telah menjalani pembedahan untuk mengeluarkan 70 keping duit syiling dari perutnya pada 15 Februari lalu.

Menurut pihak berkuasa Henry Doorly Zoo and Aquarium di bandar Omaha pengunjung telah bertindak membuang duit syiling tersebut ke dalam kandang buaya yang dikenali sebagai Thibodaux, lapor The Straits Times.

Menurut BBC dalam laporannya memaklumkan duit syiling itu dikeluarkan dengan cepat kerana bimbang sekiranya ia boleh menyebabkan masalah.

Buaya telah ditidurkan semasa pembedahan dilakukan

Jelas veterinar, Christina Ploog ketika menjalankan prosedur tersebut, buaya yang berusia 36 tahun itu telah ditidurkan.

“Satu paip plastik telah diletakkan ke dalam mulut buaya untuk memastikan peralatan perubatan yang dimasukkan boleh mengeluarkan kepingan duit syiling tersebut. Selain itu, kamera juga dimasukkan untuk membantu mencari duit berkenaan,” ujarnya.

Dalam satu kenyataan, imbasan x-ray menunjukkan kesemua duit syiling itu telah berjaya dikeluarkan dan Thibodaux kini telah pulang semula ke habitat asalnya.

Jelas Ploong syiling boleh mengandungi bahan kimia yang bahaya di mana ia juga boleh membahayakan haiwan sekiranya dimakan.

Menurut Institut Alam Audubon, Thibodaux merupakan buaya jenis leucistic yang jarang dapat ditemui dan mempunyai kulit lut sinar dan mata biru tua.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.