fbpx
Now Reading
Perdana Menteri Palestin Umum Letak Jawatan

Perdana Menteri Palestin Umum Letak Jawatan

PM, Mohammad Shtayyeh memaklumkan perletakkan jawatannya itu pada 26 Februari dan difahamkan ia atas desakan negara Arab di rantau tersebut dan Amerika Syarikat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui konflik yang sedang berlaku di Timur Tengah membabitkan Palestin dan Israel belum lagi reda sejak Oktober tahun lalu.

Malah semakin hari ia dilihat semakin meruncing apabila ramai yang telah terkorban disebabkan konflik berkenaan.

Perdana Menteri Palestin letak jawatan

Terbaharu, Perdana Menteri Palestin iaitu Dr Mohammad Shtayyeh telah mengumumkan peletakkan jawatan dan pengunduran kerajaan pimpinannya di Tebing Barat.

Beliau menerusi satu kenyataan pada 26 Februari berkata surat perletakkan jawatan itu sudah diserahkan kepada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.

Menurut laporan penyiar Watan TV yang memetik daripada pegawai kerajaan, Mahmoud Abbas sebelum ini meminta perletakan jawatan itu atas faktor tekanan dari negara Arab di rantau berkenaan serta Amerika Syarikat.

Justeru itu, tindakan tersebut dilakukan sebagai langkah untuk mencapai keamanan di Timur Tengah dengan mereformasikan Pihak Berkuasa Palestin (PA) untuk mentadbir Gaza selepas perang berakhir.

Shtayyeh telah berkuasa sejak 2005, jadi PM untuk kerajaan sementara

Selain itu, dia berkata peletakan jawatan sebagai PM juga merupakah langkah simbolik memandangkan ia membuka pintu ke arah matlamat penyelesaian dua negara meskipun ia masih banyak halangan.

Shtayyeh telah berkuasa sejak 2005 selain turut dianggap sebagai kolaborator setia kepada Abbas. Malah beliau akan terus berkhidmat sebagai ketua kerajaan sementara, ini kerana pembentukan kerajaan baharu mungkin akan mengambil masa.

Foto: FB Mohammad Shtayyeh

Perlu pengaturan kerajaan dan politik baharu

Memetik laporan APNews, perkara itu merupakan langkah pertama bagi proses ke arah pembaharuan yang dicari oleh Amerika Syariktat memandangan rundingan antarabangsa kini semakin rancak untuk mewujudkan gencatan senjata.

“Langkah seterusnya dan cabaran memerlukan pengaturan kerajaan dan politik baharu yang akan mengambil kira realiti di Semenanjung Gaza,” jelas Shtayyeh dalam mesyuarat kabinet.

Menurut laporan sama, Presiden Israel, Benjamin Nentanyahu telah berikrar untuk memusnahkan keupayaan tentera serta pemerintahan Hamas yang sudah memerintah Gaza sejak 2007.

Abbas dijangka memilih Pengerusi Dana Pelaburan Palestin iaitu Mohammad Mustafa sebagai PM seterusnya.

Mustafa merupakan seorang ahli ekonomi yang berpendidikan di Amerika Syarikat serta pernah memegang jawatan di bank dunia sebagai jawatan senior bagi pihak berkuasa Palestin.

Pegawai Palestin menjelaskan Mustafa mempunyai hubungan baik dan lama dengan pegawai Amerika.

Sebagai info, Palestin terbahagi kepada dua bahagian politik iaitu di Tebing Barat (dikuasai kerajaan Fatah) dan Gaza (dikuasai Hamas).

Kemelut antara dua entiti ini mula berlaku pada tahun 2007 sehingga terbubarnya kerajaan perpaduan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.