fbpx
Now Reading
Bayi Perempuan Maut, Ibu Dakwa Tersilap Tidurkannya Dalam ‘Oven’

Bayi Perempuan Maut, Ibu Dakwa Tersilap Tidurkannya Dalam ‘Oven’

Menurut responden kes tersebut, bayi itu didapati telah melecur dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selain pakaian serta lampin didakwa terbakar.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang bayi di Missouri, Amerika Syarikat meninggal dunia selepas ibunya didakwa tersilap meletakkan si kecil tersebut ke dalam ketuhar sewaktu dia tidur.

Menurut The Guardian, perkara itu dimaklumkan oleh seorang pendakwa pada 10 Februari lalu.

Ibu tidak sengaja letak anak dalam ketuhar semasa tidur

Ujarnya tindakan si ibu, Mariah Thomas dari Kansas menyebabkan dia didakwa atas tuduhan membahayakan keselamatan seorang kanak-kanak.

Namun menurut rekod mahkamah, ibu si kecil itu tidak mempunyai mana-mana peguam bela setakat ini.

Bayi melecur dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian

Jelas polis pada 9 Februari lalu pihaknya menerima satu laporan berhubung seorang bayi yang tidak bernafas. Berdasarkan kenyataan responden mendapati bayi tersebut telah melecur dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Kata kenyataan itu lagi, responden telah dimaklumkan oleh saksi bahawa ibu kepada bayi terbabit telah meletakkan anak yang sedang tidur pada waktu siang itu secara tak sengaja ke dalam ketuhar dan bukan katil bayi.

Tiada sebarang penjelasan secara menyeluruh bagaimana kes boleh berlaku

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menjelaskan bagaimana kesilapan itu boleh terjadi.

“Kami mengakui ia satu kejadian mengerikan dan hati kami sangat berat dengan kehilangan nyawa bayi tersebut.

“Kami percaya pengadilan akan dilakukan seadilnya untuk kes tersebut,” jelas pegawai pendakwa raya daerah Jackson, Jean Peters Baker.

Menurut laporan NDTV yang memetik Daily Express US, pakaian bayi tersebut termasuk lampinnya bertukar hitam dan terbakar selain rumah berbau asap.

Bukan hanya itu, selimut bayi berkenaan juga turut ditemui terbakar di lokasi kejadian.

Namun keadaan lain di sewaktu insiden berlaku tidak didedahkan secara terperinci.

Kesihatan mental ibu kepada kanak-kanak main peranan

Walau bagaimanapun, seorang rakan percaya kes yang berlaku itu mungkin ada kaitan dengan kesihatan mental wanita berusia 26 tahun terbabit

Mereka turut menyifatkan bayi perempuan tersebut seorang yang suka tersenyum sepanjang masa.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.