fbpx
Now Reading
Ini 5 Sebab Syarikat Penerbangan Pilih Cat Warna Putih Untuk Kapal Terbang

Ini 5 Sebab Syarikat Penerbangan Pilih Cat Warna Putih Untuk Kapal Terbang

Cat yang berwarna lebih cepat pudar berbanding putih dan menyebabkan kapal terbang tersebut kelihatan kurang menarik serta tiada daya tarikan estetik di mata penumpang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kalau korang yang selalu pergi bercuti di dalam atau luar negara, mesti sudah biasa menaiki kapal terbang kan? Tapi perasan tak, kebanyakan kapal terbang dicat dengan warna putih walaupun dari pelbagai syarikat berbeza.

Jarang nak jumpa kapal terbang yang keseluruhan badannya berwarna selain putih seperti hijau, merah jambu, ungu, oren dan sebagainya.

Mesti korang tertanya-tanya kenapa kebanyakan kapal terbang dicat dengan warna putih kan? Untuk merungkai persoalan ini, jom baca perkongsian kami di bawah.


Ini Sebab Kenapa Kapal Terbang Dicat Dengan Warna Putih

Menerusi sumber Menkor Aviation, terdapat beberapa sebab warna putih digunakan untuk badan kapal terbang di kebanyakan syarikat penerbangan.

Antaranya:

#1. Mudah Untuk Memantulkan Cahaya Matahari
Sumber: Pexels

Oleh kerana kapal terbang sentiasa berasa di kawasan terbuka dan di ruang udara, maka pengangkutan ini akan terdedah dengan cahaya matahari dengan kerap.

Disebabkan itu, warna putih pada kapal terbang membolehkan cahaya matahari dipantulkan semula dan mengurangkan penyerapan haba ke dalam kabin.

Ini secara tidak langsung dapat mengelakkan berlakunya kerosakan pada badan pesawat oleh kerana radiasi solar.

Malah dalam satu kajian yang dilakukan oleh Institut Kebangsaan Pengajian Alam Sekitar Jepun membuktikan bahawa warna putih sebagai warna yang paling rendah suhunya dan sekali gus menjadi warna paling ‘sejuk’.

Baca Artikel Berkaitan: Jepun Dedah Warna Baju Yang Cerah Kurang Serap Haba Ketika Cuaca Panas Berbanding Warna Gelap

#2. Warna Putih Tidak Mudah Luntur Berbanding Warna Lain
Sumber: Pexels

Kapal terbang terdedah kepada pelbagai keadaan atmosfera dan perubahan cuaca di pelbagai negara yang boleh menjadi punca kepada kerosakan cat.

Cat yang berwarna lebih cepat pudar berbanding putih dan menyebabkan kapal terbang tersebut kelihatan kurang menarik serta tiada daya tarikan estetik di mata penumpang.

Bukan setakat itu sahaja, syarikat penerbangan kemudiannya perlu mengecat semula pesawat mereka dengan kos yang sangat besar iaitu kira-kira RM717,750 sehingga RM1,435,500 untuk sebuah pesawat.

#3. Mengurangkan Risiko Serangan Burung
Sumber: Pexels

Warna putih pada kapal terbang dapat mengurangkan risiko serangan burung yang terjadi akibat perlanggaran di udara kerana haiwan berkenaan lebih mudah mengesan ancaman menggunakan warna cerah.

Jika warna lebih gelap digunakan pada badan kapal terbang, ia akan mengurangkan kontra antara pesawat dan kawasan persekitaran terutamanya pada waktu malam.

Ia secara tidak langsung akan mengurangkan keupayaaan burung untuk mengesan pesawat dari jarak jauh serta meningkatkan risiko serangan burung.

#4. Senang Untuk Mengesan Kerosakan
Sumber: Pexels

Kapal terbang adalah pengangkutan diperbuat daripada kejuruteraan yang agak kompleks dan perlu sentiasa diperiksa bagi memastikan keselamatannya untuk membawa penumpang terjamin.

Dengan menggunakan cat berwarna putih pada badan kapal terbang, ia membolehkan sebarang kerosakan, keretakan, serangan burung atau tumpahan minyak dapat dikesan dengan lebih mudah.

#5. Harganya Yang Murah Di Pasaran
Sumber: Pexels

Cat pesawat adalah gabungan khas cat poliuretana dan pelbagai pemangkin dan pengaktif. Harga cat kapal terbang tak sama seperti cat yang terdapat di pasar raya untuk tujuan hiasan dalaman rumah.

Ia lebih mahal kerana luas permukaan yang akan dicat pada kapal terbang adalah sangat besar iaitu sekurang-kurangnya 240 liter cat diperlukan untuk mengecat Boeing 737 dan itu meningkat sehingga 3,600 liter untuk jenis Airbus A380.

Cat berwarna putih adalah adalah yang paling murah dalam pasaran dan sering menjadi pilihan syarikat penerbangan untuk pesawat mereka.


Kenapa Ada Wap Putih Dalam Kapal Terbang?

Terdahulu, pernah tular sebuah video menunjukkan suasana asap putih yang tiba-tiba menyelubungi kenderaan tersebut ketika mereka mendarat sehingga menghalang penglihatan dan menyebabkan sesetengah penumpang terbatuk.

Sumber: TikTok @ernibougas

Apa yang berlaku sebenarnya adalah proses kondesasi iaitu apabila penghawa dingin di dalam kapal terbang yang kebiasaannya dipasang dalam purata 18 sehingga 21 darjah Celcius mempunyai perbezaan suhu dengan luar kawasan mendarat.

Senang kata, perbezaan tersebutlah yang menyebabkan terhasilnya wap putih yang memasuki ruangan kapal terbang.

Anda tidak perlu risau kerana wap berwarna putih itu tidak membahayakan kesihatan dan berlaku disebabkan oleh fenomena semula jadi berkaitan perbezaan suhu luar dan dalam kapal terbang.

Baca Artikel Berkaitan: Asap Putih Tiba-tiba Muncul Dalam Kapal Terbang? Ini Sebab Kenapa Ia Boleh Berlaku

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pilot Tegur Individu Suluh Kapal Terbang Guna Laser Pada Waktu Malam. Boleh Jadi Buta Ya!

Baca Artikel Berkaitan: Palam Pintu Pesawat ‘Made In Malaysia’ Milik Alaska Airlines Jadi Tanda Tanya Netizen

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.