fbpx
Now Reading
Doktor Malaysia Dipuji Selamatkan Nyawa Penumpang Dalam Pesawat Qatar Airways

Doktor Malaysia Dipuji Selamatkan Nyawa Penumpang Dalam Pesawat Qatar Airways

Menurut doktor berkenaan, itu adalah pengalaman pertamanya merawat pesakit di dalam kapal terbang selain turut bersyukur individu berkenaan boleh dirawat dengan ubat-ubatan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sudah menjadi satu kewajipan bagi setiap yang bergelar pengamal perubatan untuk sentiasa berkhidmat walau di mana jua mereka berada.

Malah ketangkasan mereka dalam mengendalikan hal-hal kecemasan yang berlaku di tempat awam turut dapat membantu menyelamatkan nyawa mangsa.

Doktor kongsi pengalaman pertama selamatkan pesakit dalam pesawat

Baru-baru ini, seorang doktor wanita yang dikenali sebagai Dr Rusyainie Ramli telah berkongsi pengalaman pertamanya menyelamatkan penumpang ketika berada di dalam pesawat Qatar Airways.

Perkara itu dikongsikan oleh pengamal perubatan berkenaan menerusi satu hantaran di Facebook. Jelas doktor itu, awalnya dia tersedar dari tidur selepas mendengar pengumuman daripada pihak anak kapal yang meminta pengamal perubatan di dalam pesawat untuk tampil.

Tampil perkenalkan diri untuk selamatkan pesakit

Terkejut dengan perkara itu dan memikirkan kecemasan yang mungkin sedang berlaku, Dr Rusyainie dengan segera tampil dan memperkenalkan diri.

“Tapi dah satu kerja pula anak kapal nak tengok kad identiti saya sebagai doktor. Panikkan terlupa terus yang saya ada salinan lesen amalan dalam telefon ketika itu, terpaksa gunakan laman sesawang MMC. Mencari diri sendiri, sungguh pelik.

“Lepas tu baru lah saya dapat berjumpa pesakit. Kebetulan ada satu lagi penumpang yang tampil sebagai doktor. Pesawat memang tak penuh mana pun, jadi kemungkinan nak dapat penumpang yang doktor tidak besar,” ujarnya.

Dia kemudian melihat keadaan pesakit dan membuat pemeriksaan fizikal sebelum membuat dianogsis awal bersama seorang lagi doktor.

Keadaan pesakit boleh dirawat dengan ubat-ubatan

Keadaan pesakit bagaimanapun boleh dirawat dengan ubat-ubatan sementara menunggu lagi empat jam perjalanan sebelum mendarat di Doha.

“Kang tak pasal kalau terpaksa mendarat cemas di India atau Sri Lanka. Kru kabin Qatar Airways sangat efisyen. Mereka ni dah dilatih untuk menangani kecemasan perubatan di udara. Dengan telefon satelit, mereka berhubung dengan doktor bertugas di darat.

“Ni pengalaman saya yang pertama menangani kes di dalam kapal terbang komersil. Seram juga mulanya, maklumlah di atas bukannya apa sangat yang boleh dibuat kepada pesakit,” katanya lagi.

Namun dengan bantuan Dr Ajay yang juga rakyat Malaysia berkerja di hospital di New York dalam bidang kecemasan, mereka dapat membantu pesakit terbabit.

Malah mereka juga dapat mendarat dengan selamat di Doha. Doktor tersebut dalam masa sama turut berharap pesakit yang dibantunya itu dapat meneruskan perjalanan ke destinasi akhir untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji ketangkasan doktor berkenaan dalam berdepan situasi sedemikian.

“Pengalaman yang ‘mahal’ tu puan”

“Hebatnya Dr Ninie, pengalaman ni pun menarik dan hebat. Saya selalu hormati profesion doktor. Terima kasih Dr Ninie”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.