fbpx
Now Reading
Lebih 2 Bulan Batuk & Selalu Bau Busuk, Rupanya Ada Kulat Dalam Hidung [Video]

Lebih 2 Bulan Batuk & Selalu Bau Busuk, Rupanya Ada Kulat Dalam Hidung [Video]

Menerusi video tersebut, Dr Tengku yang juga Pakar ENT turut menunjukkan kulat yang disedut keluar dari dalam rongga sinus pesakitnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap manusia dinasihatkan untuk sentiasa menjaga kesihatan diri dan berjumpa dengan doktor sekiranya menyedari ada sesuatu yang abnormal pada badan mereka.

Walau bagaimanapun, ada yang telah berjumpa dengan doktor dan mendapatkan ubat namun penyakit yang dialami masih berpanjangan.

Keadaan ini pastinya merunsingkan apatah lagi jika ia sesuatu yang serius. Justeru itu, pesakit akan membuat pemeriksaan kesihatan lanjutan atau secara menyeluruh untuk mengenal pasti puncanya.

Pesakit mengadu alami batuk berpanjangan dan bau busuk pada hidung

Perkara ini samalah seperti kejadian yang berlaku kepada seorang pesakit ini apabila mengalami batuk berpanjangan. Dia kemudian melakukan pemeriksaan lanjut dan doktor pakar akhirnya menemukan ada sesuatu dalam hidungnya.

Kejadian itu dikongsikan oleh Pakar Telinga, Mulut dan Tekak (ENT) di Hospital KPJ Tawakkal Kuala Lumpur iaitu Dr Tengku Ezulia Tengku Nun Ahmad di TikTok. Beliau mendedahkan awalnya pesakit itu memaklumkan dia mengalami batuk yang berpanjangan selama dua bulan.

Bukan hanya itu, dia juga memaklumkan kepada doktor berkenaan terdapat bau busuk yang keluar dari hidungnya.

Oleh itu, Dr Tengku telah menjalankan pemeriksaan dengan memasukkan kamera ke dalam hidung pesakit berkenaan. Apabila kamera dimasukkan kelihatan terdapat lendir ‘mucus’ di dalam hidung pesakit tersebut.

Doktor kemudian membersihkan bahagian tersebut dengan menyedut lendir dengan alat khas.

Doktor jumpa kulat dalam rongga sinus

Namun apa yang menjadi perhatian ketika sedang membersihkan bahagian dalam hidung pesakit, doktor telah menjumpai kulat di dalam rongga sinus pesakit berkenaan.

Susulan itu, Dr Tengku telah menyedut keluar kulat berkenaan untuk membersihkan rongga tersebut.

“Inilah kulat yang menyebabkan ada bau tak enak dan batuk berpanjangan kepada pesakit saya,” kata Dr Tengku.

Ramai bertanya apa perlu buat kerana alami masalah lebih kurang seperti pesakit

Melihat di ruangan komen, ramai yang berasa puas hati dengan video dikongsikan oleh Dr Tengku sebaik objek berkenaan dikeluarkan. Ini kerana, mereka dapat merasakan kelegaan pesakit apabila tiada lagi bau yang mengganggunya untuk bernafas.

Bukan hanya itu, ada juga bertanya bagaimana fungus atau kulat boleh terbentuk di dalam saluran rongga tersebut.

Punca berlaku kulat dalam rongga sinus

Kata Dr Tengku kebiasaannya ia berlaku daripada persekitaran yang dijangkiti fungus. Jadi, fungus tersebut telah masuk ke rongga sinus ketika individu menarik nafas.

Selain itu ada juga yang bertanya soalan kerana turut berdepan dengan masalah seperti pesakit Dr Tengku dan meminta nasihat apa yang perlu dilakukan.

Walau bagaimanapun, menerusi tinjauan kami video ini telah dimuat naik oleh Dr Tengku dalam akaunnya sekitar pertengahan bulan Januari lalu.

“Allahuakbar, alhamdulillah terbaik”

“Eeee geramnya tengok benda tu. Rasa puas bila nampak (kulat) dah keluar, saya pun sinus juga”

“Saya lah ni masa mengandung sampai setahun lebih kot batuk. Macam tak percaya”

“Suami saya dah bertahun resdung tidur selalu nafas ikut mulut je sebab hidungnya tersumbat boleh rawat ke? Kalau nak pergi swasta nak cakap check apa ya?”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.