fbpx
Now Reading
Pemandu Ambulans Sempat Berhenti Untuk Ambil Pisang Goreng Ketika Bawa Pesakit Dalam Kecemasan

Pemandu Ambulans Sempat Berhenti Untuk Ambil Pisang Goreng Ketika Bawa Pesakit Dalam Kecemasan

Menurut anak kepada pesakit, Suchada dia tidak mahu perkara sama berlaku kepada pesakit lain serta ingin mengetahui apakah hukuman akan diberikan kepada kakitangan yang terlibat dengan kes itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui penggunaan ambulans khususnya ketika ia dibunyikan menandakan kenderaan terbabit sedang membawa pesakit yang berada dalam kecemasan serta perlu dirawat dengan kadar segera.

Oleh itu, kebanyakkan kenderaan di jalan raya akan memberi laluan sebaik sahaja mendengar siren ambulans dibunyikan agar ia dapat sampai ke hospital dengan cepat bagi menyelamatkan nyawa pesakit.

Malah kita juga dapat melihat kenderaan ini kebiasaannya akan dipandu dengan laju ketika di jalan raya.

Anak pesakit berang, kakitangan ambulans sempat berhenti untuk ambil pisang goreng

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial Thailand memaparkan seorang wanita yang merupakan anak kepada pesakit bertindak mengecam kakitangan hospital selepas pemandu ambulans memperlahankan kenderaannya untuk membeli pisang goreng ketika membawa pesakit.

Kebiasaannya, ambulans akan membawa kenderaan secepat mungkin untuk membawa pesakit yang sedang berada dalam keadaan tenat.

Namun berbeza dengan apa dilakukan oleh sebuah ambulans di ALS Hospital Nakhon Nayok yang sanggup berhenti untuk mendapatkan pisang goreng ketika dalam perjalanannya.

Memetik laporan Khaosod, pada 16 Oktober lepas hospital terbabit telah mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan isu tersebut selepas melakukan siasatan.

Berhenti sekitar 3 saat untuk mengambil pisang goreng di tepi jalan

Menerusi rakaman dashcam mendapati kenderaan itu keluar dari rumah pesakit berusia 64 tahun pada jam 10.47 pagi sebelum berhenti sekitar 3 saat untuk mengambil pisang goreng di tepi jalan.

Kenderaan itu kemudian sampai di hospital pada jam 10.57 pagi dan pesakit kemudian dimasukkan ke bilik kecemasan untuk rawatan lanjut. Pesakit lelaki itu diletakkan di bahagian unit pesakit lelaki untuk sehari bagi memantau keadaannya sebelum dibenarkan pulan pada 14 Oktober.

“Hospital Nakhon Nayok yang mengetahui mengenai isu tersebut dan kerana mengutamakan penjagaan terhadap pesakit satu jawatankuasa telah dibentuk untuk menyiasat mereka yang terbabit bagi mematuhi peraturan ditetapkan kerajaan.

“Hospital berkenaan turut kesal dengan apa yang berlaku dan sentiasa mengalu-alukan cadangan kerana ia dapat membantu pihaknya menambah baik aliran kerja dan juga perkhidmatanya,” ujarnya,

Jururawat berkunjung ke rumah pesakit untuk memohon maaf

Pihak jururawat di hospital terbabit turut bertindak berkunjung ke rumah pesakit untuk memohon maaf. Mereka juga berbincang dengan anak pesakit berkenaan yang dikenali sebagai Cik Suchada Nammali berusia 32 tahun.

Ujar Suchada, dia tidak mahu perkara tersebut terjadi kepada orang lain malah dia juga ingin mengetahui mengenai prosedur tatatertib hospital atau hukuman diberikan kepada empat kakitangan yang terlibat dalam kes tersebut.

“Saya berbesar hati dengan lawatan pihak hospital untuk memohon maaf kepada ayah saya.

“Tetapi saya mahu jawapan tentang kenyataan hospital bahawa ambulans berhenti sekitar 3 saat untuk mendapatkan pisang goreng. Adakah perkara itu benar? Saya mahu mereka menyelesaikan aduan tersebut.

“Saya tidak mahu ia berlaku lagi kepada orang lain,” kata wanita itu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.