fbpx
Now Reading
Juruterbang Di Thailand Jadi Bidan Sambut Kelahiran Bayi Ketika Dalam Pesawat

Juruterbang Di Thailand Jadi Bidan Sambut Kelahiran Bayi Ketika Dalam Pesawat

Menurut Sararnraksul sepanjang 18 tahun pengalaman sebagai juruterbang itu merupakan kali pertama dia menjadi bidan untuk membantu penumpang melahirkan bayi dalam pesawat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui ketika berada di dalam pesawat pelbagai insiden boleh berlaku sama ada ia melibatkan penumpang mahupun anak kapal.

Malah adakala terdapat pelbagai ragam yang dilakukan oleh penumpang sehingga membuatkan ia menjadi satu kenangan atau pengajaran kepada semua yang tidak boleh dilupakan.

Juruterbang terpaksa jadi bidan terjun bantu penumpang yang nak bersalin

Perkara ini sama seperti apa yang dilalui oleh seorang juruterbang pesawat VietJet ini apabila terpaksa menjadi bidan terjun apabila terdapat penumpang yang ingin melahirkan bayi ketika di atas awan.

Juruterbang yang dikenali sebagai Jakarin Sararnrakskul ketika itu sedang menerbangkan pesawat dari Taipei, Taiwan ke Bangkok, Thailand.

Dia kemudian menerima maklumat berkenaan kecemasan yang sedang berlaku dari kru kabin mengenai penumpung yang ingin melahirkan dalam salah satu tandas pesawat berkenaan, lapor New York Post memetik Viral Press.

Sararnrakskul yang mempunyai 18 tahun pengalaman sebagai juruterbang kemudian meninggalkan kokpit kepada seorang pembantu juruterbang wanita untuk mengendalikan pesawat itu dan segera melihat keadaan penumpang terbabit.

Bayi dilahirkan dalam pesawat yang berada pada jarak beribu-ribu kaki di udara

Juruterbang itu kemudian membantu penumpang wanita berkenaan untuk melahirkan bayi meskipun pesawat ketika itu berada beribu-ribu kaki di udara.

Juruterbang itu memaklumkan kepada Viral Press dia sebelum ini tidak pernah menjadi bidan yang membantu penumpang melahirkan bayi meskipun mempunyai pengalaman yang lama dalam penerbangan.

Sebaik mendarat di Bangkok, Thailand paramedik telah setia menanti penumpang berkenaan, ibu serta bayi itu bagaimanapun dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan sihat.

Juruterbang bangga dapat bantu ibu dan bayi

Perkara itu membuatkan juruterbang berkenaan bangga kerana dapat membantu ibu serta bayinya untuk lahir ke dunia ini.

“Dia boleh memberitahu kepada semua orang sepanjang hidup bahawa dia dilahirkan di atas pesawat.

“Saya rasa bangga, saya dapat membantu dia (bayi) lahir ke dunia ini,” katanya.

Tambah Sararnrakskul kru kabin memanggil bayi itu dengan panggilan ‘Sky’ sebagai penghormatan kerana lahir di atas udara.

Menurut The Thaiger kejadian itu berlaku pada 23 Februari lalu. Perkara itu turut dikongsikan juruterbang berkenaan di akaun Instagram miliknya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.