fbpx
Now Reading
Gara-gara Buat Konten Palsu Konon Diculik, Influencer Taiwan Ditahan Pihak Berkuasa Kemboja

Gara-gara Buat Konten Palsu Konon Diculik, Influencer Taiwan Ditahan Pihak Berkuasa Kemboja

Polis Kemboja sewaktu membuat serbuan di hotel didiami Chen turut menemukan banyak barangan prop yang digunakan untuk membuat video penculikan palsu itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang influencer dari Taiwan telah ditahan oleh pihak berkuasa di Kemboja kerana membuat konten palsu yang mendakwa kononnya dia telah berjaya menyelamatkan diri selepas diculik.

Influencer itu yang sering membuat rakaman paranormal dikenali sebagai Chen Neng-chuan. Dia sebelum ini telah memaklumkan di Instagram tentang kehadirannya ke negara (Kemboja) berkenaan.

Kononnya nak bongkar ‘sudut gelap’ di Kemboja

Bukan hanya itu dia turut memaklumkan ingin membongkar ‘sudut paling gelap’ di mana ramai warga Taiwan telah tertipu serta dijadikan hamba di sana, lapor The Straits Times.

Namun menurut akhbar itu yang memetik United Daily News Taiwan, pada 12 Februari orang ramai terkejut apabila melihat siaran langsung influencer berkenaan tampil dalam keadaan seperti baru lepas dipukul malah video itu juga seperti dipotong oleh seseorang secara tiba-tiba.

Pada keesokan harinya pula isteri kepada influencer berkenaan tampil di media sosial dan mendakwa suaminya telah hilang. Wanita itu bersama seorang lagi influencer memaklumkan Chen nekad ingin ke Kemboja seorang diri untuk membuat pengambaran terbabit.

Tampil dengan kepala dicukur dan baju koyak dan dakwa baru lepas larikan diri dari diculik

Walau bagaimanapun Chen yang juga digelar ‘Goodnight Chicken’ telah bersiaran semula di media sosialnya pada waktu petang dengan kepala dicukur, pakaian koyak dan berdebu.

Dakwanya dia telah melarikan diri daripada penculik bersenjata di Sihanoukville, Kemboja yang melakukan sindiket menipu warga asing untuk membuat scam di seluruh dunia.

Seorang selebriti internet berjaya jejaki keberadaan Chen

Namun orang ramai mula menjadi sangsi dengan dakwaan tersebut, malah seorang selebriti terkenal di internet iaitu Liu Yu telah berjaya menjejaki lokasi Chen menerusi peta di Google dengan hanya menggunakan videonya.

Dia kemudian mendapati Chen hanya berlari mengelilingi sebuah kawasan dan tidak melarikan diri seperti apa yang didakwanya dalam siaran langsung tersebut.

Jelas Liu, influencer itu boleh pergi ke mana-mana tempat penginapan yang dilalui untuk meminta bantuan tetapi dia tidak melakukannya.

Pakai baju sama seperti salah seorang penculik dan disimpan di tempat duduk belakang

Liu juga memuat naik di Facebook gambar influencer berkenaan sebelum berlaku penculikan seperti yang didakwa di mana dia berada dalam sebuah kereta dalam keadaan keletihan.

Bukan hanya itu, baju yang dipakainya juga sama seperti yang digunakan oleh salah seorang ‘penculik’ dan ia disimpan di bahagian tempat duduk belakang. Liu dalam masa sama, turut mempersoal mengapa penculikan itu hanya mengambil wang yang dimiliki Chen sahaja tetapi tidak kameranya.

Memetik laporan Taiwan News pula, sumber polis Taiwan di Vietnam memberitahu CNA bahawa influencer sedang disiasat kerana menghasut diskriminasi, membuat kenyataan palsu dan membazir sumber awam.

Pihak Gabenor Wilayah Preah Sihanouk, Kouch Chamroeun turut meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung strim dibuat influencer itu untuk tampil menghubungi pihak berkuasa.

Polis jumpa prop buat video palsu

Memetik Phnom Penh Post, pihak berkuasa Kemboja semalam (15 Februari) telah mendedahkan penemuan barangan prop yang digunakan untuk membuat video palsu itu sewaktu membuat serbuan ke hotel yang didiami influencer terbabit bersama seorang lagi individu.

Hasil bukti yang dikumpulkan pihak berkuasa, mereka percaya video itu telah dirancang Chen sekitar bulan lalu.

“Ini jelas menunjukkan bahawa perbuatan mereka adalah satu percubaan untuk mencetuskan huru-hara dalam masyarakat, jadi polis akan meneruskan prosedur undang-undang,” ujar Chamroeun.

Foto: Via Phnom Penh Post
Foto: via Phnom Penh Post
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.