fbpx
Now Reading
5 Negara Jadi Destinasi Hangat Sindiket Penipuan Tawaran Kerja

5 Negara Jadi Destinasi Hangat Sindiket Penipuan Tawaran Kerja

Terdahulu, media melaporkan hampir 2,000 rakyat Malaysia menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia dan masih terperangkap di beberapa negara jiran sejak setahun yang lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tawaran pekerjaan yang terhad dengan gaji yang tidak setimpal serta kos sara hidup yang semakin meningkat di Malaysia menyebabkan segelintir individu memilih untuk bekerja di luar negara.

Ini kerana kebanyakan tawaran pekerjaan di luar negara menawarkan gaji yang lumayan dan berbaloi dengan kerja yang dilakukan.

Namun, tidak semua orang bernasib baik memperolehi pekerjaan seperti yang ditawarkan pada asalnya. Ini kerana ada segelintir yang terpedaya dengan sindiket penipuan tawaran kerja luar negara.

5 Negara Jadi Destinasi Penipuan Sindiket Tawaran Kerja

Terbaharu, sebanyak lima negara disenarai menjadi destinasi sasaran penipuan tawaran kerja dan pemerdagangan manusia yang menyebabkan rakyat Malaysia menjadi mangsa penipuan sindiket berkenaan.

Lima negara tersebut adalah:

  • Kemboja
  • Myanmar
  • Laos
  • Filipina
  • Emiriah Arab Bersatu (UAE)

Malah, mangsa dari Malaysia paling banyak direkodkan terperangkap di Myanmar dan Kemboja.

Sindiket Paksa Mangsa Jadi Scammer

Mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain, memaklumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan trend baharu sindiket berkenaan yang menawarkan pekerjaan sebelum menipu dan memaksa mangsa menjadi scammer di negara luar.

“Modus operandi sindiket adalah menawarkan pekerjaan di luar negara melalui iklan laman media sosial dan laman web pencarian pekerjaan.

“Mereka yang menerima tawaran kerja itu sebaliknya dipaksa menjadi scammer di negara luar.

“Ini trend baharu aktiviti pemerdagangan orang yang dikesan di negara kita. Mangsa dibawa ke negara seperti Kemboja, Myanmar, Laos, Filipina dan UAE (Dubai). Yang terjebak bukan sahaja tidak dibayar gaji, malah dikurung dan turut dicederakan.

“Antara jenayahnya adalah love scam dan pelaburan palsu, juga sindiket judi dalam talian haram yang memaksa mangsa bekerja. Ada dakwaan gaji diterima tak sama seperti dijanjikan,” kata beliau yang dipetik daripada Berita Harian.

Lebih 400 Orang Dikesan Terperangkap Di Luar Negara

Tambah beliau, sehingga 31 Oktober 2023, seramai 424 rakyat Malaysia termasuk 73 orang wanita terperangkap di luar negara.

Daripada jumlah ini, 170 berada di Myanmar, 147 orang berada di Kemboja, 54 orang berada di Laos dan lain-lain negara sebanyak 53 orang.

“Setakat ini, 321 laporan polis babit keseluruhan 424 rakyat Malaysia itu dibuat orang awam. Seramai 266 berjaya diselamatkan, 158 lagi masih terkandas. Bagi kes terperangkap di Myanmar, 119 laporan polis membabitkan 170 mangsa diterima.

“Daripada jumlah itu, 75 berjaya diselamatkan dan sudah pulang ke tanah air, manakala 95 lagi masih terkandas di negara itu,” ujar beliau lagi.

Sindiket Sasar Rakyat Malaysia Di Kawasan Pedalaman

Dalam pada itu, menurut Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Yangon Johan Razak, sindiket penipuan tawaran pekerjaan kini semakin licik apabila mengubah taktik operasi penipuan.

Mereka kini tidak lagi mensasarkan secara rawak namun lebih menumpukan kepada rakyat pedalaman di Sarawak.

Malah, sindiket berkenaan dikatakan mencari anak muda yang mahu menjana pendapatan lumayan dengan memperdaya rakyat Sarawak yang tinggal di kawasan terpencil dan lokasi yang mana penduduknya belum terdedah menjadi mangsa pemerdagangan manusia dan sindiket penipuan pekerjaan.

Terdahulu, Berita Harian melaporkan hampir 2,000 rakyat Malaysia menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia dan masih terperangkap di beberapa negara jiran sejak setahun yang lalu.

Di Myanmar, difahamkan lebih 1,200 mangsa berada di beberapa daerah menjadi buruh paksa. Malah, ratusan lagi dikesan berada di Thailand menunggu untuk diseludup keluar dan selebihnya berada di Laos, Kemboja dan Filipina.

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Rakyat Malaysia Terperangkap Di Luar Negara Gara-Gara Terpedaya Iklan Pekerjaan Di Media Sosial

Baca Artikel Berkaitan: Ditipu Ejen Cari Kerja, Rakyat Malaysia Terkandas Di Myanmar & Dipaksa Jadi Scammer

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.