Ramai Rakyat Malaysia Terperangkap Di Luar Negara Gara-Gara Terpedaya Iklan Pekerjaan Di Media Sosial
Ramai mangsa terpengaruh dengan kempen di media sosial anataranya tawaran gaji lumayan, tempat tinggal selesa dan juga tambang pesawat yang ditanggung serta banyak lagi.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Isu scam pekerjaan sehingga menyebabkan beberapa rakyat Malaysia terperangkap di luar negara bukanlah suatu perkara yang baharu.
Malah saban hari ada sahaja berita yang dilaporkan melibatkan rakyat negara ini yang tertipu dengan scam pekerjaan selepas melihat iklan yang tersebar di media sosial.
Antara yang menjadi faktor utama mereka terperangkap di sesebuah negara tersebut apabila dijanjikan dengan gaji yang lumayan.
Ibu bapa atau ahli keluarga akan membuat aduan untuk minta bantuan selamatkan mangsa
Terbaharu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyatakan kebiasaannya berita berhubung kehilangan mangsa akan dimaklumkan oleh ibu bapa atau ahli keluarga untuk meminta pertolongan agar individu itu diselamatkan.
“Puncanya adalah terpengaruh dengan kempen dalam media sosial di mana mereka ditawarkan bekerja di luar negara dengan upah lumayan, tempat tinggal selesa, tambang kapal terbang diberikan dan segala macam.
“…dan apabila mereka telah sampai ke sana (ke negara terbabit) dapati keadaan mereka lalui tak sama seperti mereka diberitahu, jadi daripada situlah kemudiannya ada yang sempat menghubungi pihak polis,” jelasnya dipetik Bernama.
Tular kes wanita usia 22 tahun disyaki hilang di Thailand
Sebelum ini, media melaporkan ibu kepada Chong Sum Yee yang tidak percaya bahawa anak perempuannya berusia 22 tahun itu “selamat serta sihat” selepas dia disyaki hilang di Chiang Mai, Thailand.
Perkara itu susulan Chee Choy Wan, 50, tidak percayai kerana video berkenaan dimuat naik oleh individu tidak dikenali dan akaun Facebook tersebut baru sahaja didaftarkan.
Dalam dua video itu, Sum Yee berulang kali mengatakan dia selamat dan sihat. Dia juga merayu kepada pihak polis agar berhenti mengganggu pemandu yang menghantarnya ke sana kerana individu itu tidak tahu apa-apa tentang keadaannya.
Serah kes pada pihak berkuasa
Menteri itu bagaimanapun, menyerahkan kes terbabit kepada pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan tentang kehilangan wanita tersebut.
Menurutnya setakat ini sebarang maklumat semasa tentang kes melibatkan wanita berkenaan belum lagi diterimanya.
Sebagai info, Sum Yee dilaporkan terbang ke Chiang Mai pada 29 Mei dan mengembara kira-kira 250 km ke daerah paling utara Mae Sai di wilayah Chiang Rai di utara Thailand. Lokasi berkenaan bagaimanapun terletak berhampiran dengan bandar Tachilek di Myanmar, di mana insiden pemerdagangan manusia sebelum ini dilaporkan berlaku.
Baca artikel berkaitan: