fbpx
Now Reading
Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut mengalami tayar bocor selepas terkena jenis paku yang sama.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Lebuh raya di Malaysia berfungsi sebagai salah satu jalan alternatif yang boleh digunakan oleh rakyat di negara ini untuk bergerak ke sesuatu negeri atau bandar dengan lebih mudah, cepat dan juga selamat.

Namun ia bukan percuma, sebaliknya pihak pengendali lebuh raya akan mengenakan caj kepada pemandu yang melalui jalan tersebut untuk menampung kos penyelenggaran, pembersihan dan pelbagai lagi.

Puluhan kereta tayar pecah didakwa terkena paku di atas Lebuhraya Karak

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan puluhan kereta tersadai dipercayai di Lebuhraya Karak.

Menurut perakam, puluhan kereta tersebut tersadai akibat tayar pecah terkena paku.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, dia yang dikenali sebagai Mohd Faiz Latif mendakwa perkara tersebut berlaku kerana terdapat paku yang bertaburan di tengah lebuh raya berkenaan.

Dakwa berkemungkinan kerana perbuatan khianat

Dakwanya, kejadian yang berlaku pada malam semalam (29 April) itu dipercayai kerana perbuatan khianat individu yang tidak bertanggungjawab.

“Ada orang pedajal sebelum tol Karak dekat selekoh ‘double’ itu. Ada paku berterabur tengah jalan, hati-hati semua yang lalu malam ini (semalam),” tulisnya di ruangan kapsyen.

Hampir 30 biji kereta tayar pecah terkena paku

Menurutnya lagi, Mohd Faiz mendakwa hampir 30 buah kenderaan yang melalui jalan tersebut tersadai di tepi jalan kerana tayar bocor.

“Hampir 30 buah kereta tersadai tepi jalan bocor tayar, dekat susur keluar Temerloh, 10 buah tersadai termasuk saya, kerana terlalu ramai tersadai tepi jalan, saya berhenti di susur keluar Temerloh,” jelasnya lagi.

Di dalam video terbabit, kelihatan beberapa buah kenderaan berhenti dan sedang menukar tayar ganti untuk meneruskan perjalanan.

@mohdfaizlatif

Ada org pedajjal sebelum tol karat dekat selekoh double tu..ada paku terabur tengah jalan..hati2 semua yang lalu mlm ni 29/4/2024…hampir 30 biji tersadai tepi jln bocor tayar..dekat exit termeloh 10 biji skali dgn aku..Kerana terlalu ramai tersadai tepi jalan aku berhenti di exit termeloh

♬ original sound – Faiz Latif – Faiz Latif

Dakwa semua kereta terkena paku jenis yang sama

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut terkena jenis paku yang sama.

Perkara terbabit turut diakui seorang lagi pemandu lelaki yang juga mangsa terkena paku itu.

@mohdfaizlatif

Replying to @nish semua bocor tayar mlm ni..paku dia semua sama..

♬ original sound – Faiz Latif – Faiz Latif

Pun begitu, semakan kami di laman media sosial Lebuhraya Pantai Timur (LPT) selaku pengendali Lebuhraya Karak tidak menemui sebarang kenyataan rasmi berhubung kejadian terbabit.

Kami akan kemaskini artikel ini sekiranya mendapat maklumat lanjut.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.