fbpx

Banjir Kilat Di Dubai Akibat Ribut & Hujan Lebat, Lapangan Terbang Dah Jadi Macam Lautan [Video]

Polis Dubai juga telah mengeluarkan amaran keselamatan pada semalam dengan meminta orang ramai untuk mengelak ke kawasan pantai yang mempunyai risiko banjir.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (16 April), hujan lebat serta ribut di Dubai, Emeriah Arab Bersatu (UAE) menyebabkan beberapa kawasan di daerah itu terjejas dilanda banjir kilat.

Memetik Metro UK, operasi penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai (DBX) juga terpaksa ditunda selama 25 minit disebabkan ribut kuat selain landasan juga ditenggelami air.

Landasan ditenggalami air, 45 penerbangan keluar dan masuk DBX terjejas

Difahamkan, sebanyak 21 penerbangan keluar dan 24 penerbangan masuk terpaksa dibatalkan selain tiga penerbangan yang ingin mendarat di DBX terpaksa terpaksa dihalakan ke lapangan terbang lain.

Turut tular di media sosial sejak semalam video landasan lapangan terbang terbabit yang ditenggalami air selain beberapa kawasan jalan lain di Dubai juga dilanda banjir kilat.

Seorang pengguna X @dadiikr turut memuat naik keadaan jalan raya di Dubai yang kelihatan seperti sungai dengan sebuah kereta mewah jenis Roll Royce Cullinan dipercayai sedang mengalami kerosakan akibat banjir.

Polis Dubai keluarkan amaran agar orang ramai berhati-hati, elak pergi pantai

Pihak Polis Dubai telah mengeluarkan amaran keselamatan pada semalam dengan meminta orang ramai untuk mengelak ke kawasan pantai yang mempunyai risiko banjir.

Amaran terbabit dikeluarkan oleh pihak polis kerana hujan lebat dan ribut boleh mengurangkan kebolehan penglihatan.

Selain itu, Putera Mahkota Dubai, Sheikh Hamdan Mohammed turut menyatakan bahawa pekerja kerajaan dan sekolah swasta perlu bekerja secara remote.

Dubai dikenali dengan cuaca panas dan kering, tetapi bahaya bila berlaku banjir

Untuk info, Dubai lebih dikenali dengan cuaca panas dan gurun kering yang mempunyai purata suhu pada bulan April iaitu 33 darjah Celsius.

Pun begitu, banjir kilat yang jarang berlaku boleh membahayakan nyawa, terutamanya jika berada di sekitar kawasan kering yang dikenali sebagai ‘wadi’ dalam bahasa Arab, yang boleh dinaiki air dengan cepat sekaligus menghayutkan kenderaan dan orang yang ada.

Pusat Kebangsaan Meteorologi UAE (NCM) menyatakan cuaca tidak menentu di Dubai dijangka akan berterusan sehingga hari ini (17 April).

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.