fbpx
Now Reading
MET Malaysia Beri Amaran Hujan Berterusan Bermula Petang Ini Di Beberapa Negeri

MET Malaysia Beri Amaran Hujan Berterusan Bermula Petang Ini Di Beberapa Negeri

Beberapa kawasan di Terengganu, Pahang dan Johor dijangka menerima hujan berterusan waspada hingga 27 Disember 2023.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui pada ketika ini beberapa negeri di Malaysia mengalami taburan hujan yang luar biasa.

Keadaan ini menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir teruk hingga menyebabkan penduduk terpaksa dipindahkan serta beberapa kemudahan infrastruktur seperti jalan raya terputus.

NADMA Keluar Amaran Hujan Berterusan

Terbaharu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melalui Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) dalam satu kenyataan memberi amaran bahawa hujan berterusan waspada di beberapa kawasan bermula 2 petang ini hingga 27 Disember 2023.

Antara kawasan yang terlibat adalah seperti berikut:

  • Terengganu (Dungun dan Kemaman)
  • Pahang (Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin)
  • Johor (Segamat, Mersing dan Kota Tinggi)

JPBN & JPDB Perlu Diaktifkan Di Kawasan Terjejas

Malah, menerusi kenyataan tersebut, NADMA memaklumkan bahawa Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri (JPBN) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat (JPBD) perlu diaktifkan sebagai persediaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

“Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri/Daerah hendaklah diaktifkan serta meningkatkan tahap kesiagaan bagi menghadapi bencana yang bakal berlaku terutama di kawasan yang berisiko.

“Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri/Daerah juga perlu memastikan setiap pusat pemindahan sementara (PPS) dilengkapi dengan keperluan asas dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) mempunyai segala aset pengoperasian operasi yang mencukupi serta berada dalam keadaan yang baik dan bersedia untuk digunakan,” kata mereka melalui satu kenyataan.

Malaysian Meteorological Department pada 2:00 petang, 26 Disember 2023 telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan…

Posted by Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri on Monday, 25 December 2023

Bilangan Mangsa Banjir Terus Meningkat

Berdasarkan laporan terkini status banjir yang dikeluarkan oleh NADMA, bilangan mangsa banjir bagi empat negeri yang terjejas dilihat terus meningkat.

Sebanyak 25,438 mangsa terjejas dengan satu kematian telah direkodkan. Daripada jumlah ini, Kelantan merekodkan bilangan tertinggi dengan jumlah mangsa adalah seramai 14,006 orang, diikuti dengan Terengganu sebanyak 10,643, Pahang sebanyak 785 dan Selangor seramai empat orang.

Malah, sebanyak 242 PPS telah dibuka bagi membantu mangsa yang terjejas akibat daripada bencana ini.

Laporan Terkini Kejadian Bencana Negara

Baca Artikel Berkaitan: Menteri Disaran Tidak Bercuti Ke Luar Negara Ketika Musim Banjir

Baca Artikel Berkaitan: Banjir Makin Memburuk, Kenali ‘Go Bag’ & Senarai Barang Wajib Ada Sebagai Persediaan Hadapi Bencana

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.