fbpx
Now Reading
Pesawat Ringan Terhempas: Bomba Gali Secara Manual, Mangsa Dijumpai Dalam Kokpit Di Kedalaman 1.52 Meter

Pesawat Ringan Terhempas: Bomba Gali Secara Manual, Mangsa Dijumpai Dalam Kokpit Di Kedalaman 1.52 Meter

Menurut Pegarah JBPM Selangor, Wan Md Razali mangsa pertama dijumpai pada jam 7.06 malam manakala mangsa kedua pada jam 7.17 malam di kedalaman sekitar 1.52 meter.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (13 Februari), media melaporkan insiden sebuah pesawat ringan yang terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar, Klang.

Ekoran daripada insiden itu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor telah menghantar anggotanya ke tempat kejadian utuk mencari dua orang mangsa yang terbabit dalam nahas tersebut.

Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan dua mangsa itu termasuk seorang juruterbang yang berada dalam pesawat model Blackshape BK160TR Gabriel.

Baca artikel berkaitan: Pesawat Ringan Terhempas Di Kapar, Klang [Video]

Bomba gali lokasi pesawat terhempas secara manual untuk keluarkan mayat 2 mangsa

Dalam operasi pencarian, JBPM telah bertindak untuk menggali lokasi pesawat terhempas itu untuk mengeluarkan mayat mangsa pada hari sama.

Menurut Pengarah JBPM Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail kerja-kerja untuk mencari dua mangsa itu turut dibantu oleh Pasukan Bomba Sukarela, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan (APM), RELA, Majlis Bandaraya Diraja Klang termasuklah penduduk sekitar.

“Usaha pencarian dilakukan oleh pihak bomba dengan menggunakan kaedah ‘sweeping’ dalam jarak 800 meter daripada cebisan sayap pesawat sehingga ke bangkai utama pesawat yang dipercayai terjunam 45% ketika penerbangan.

“Bomba juga menggunakan kaedah penggalian secara manual dengan bantuan jentera berat berdasarkan cebisan-cebisan mayat yang ditemui di sekitar bangkai pesawat.

“Pada jam 7.06 malam, mangsa pertama yang berada di dalam kokpit pesawat pada ke dalaman lima kaki (kira-kira 1.5 meter) di dalam tanah berjaya dibawa keluar oleh bomba dan mangsa kedua pula pada jam 7.17 malam,” ujar beliau, lapor Harian Metro.

2 mangsa adalah juruterbang dan pembantu juruterbang

Memetik laporan Astro Awani, dua mangsa yang terbabit dalam nahas pesawat ringan itu merupakan warga tempatan. Mereka adalah Daniel Yee Hsiang Khoon, 30, yang juga juruterbang dan Roshaan Singh Raina, 42, iaitu pembantu juruterbang.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa menaiki trak PDRM secara berasingan ke Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk pengecaman serta dibedah siasat pada 8 pagi hari ini (14 Februari).

Difahamkan beberapa waris kepada mangsa turut dilihat hadir di hadapan bangunan jabatan terbabit bermula jam 8.10. Waris pertama yang hadir dipercayai adalah keluarga pembantu juruterbang dan selang 15 minit kemudiannya waris kepada juruterbang.

Sementara menunggu bedah siasat dilakukan, difahamkan keluarga waris diletakkan di satu tempat lain.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.