fbpx
Now Reading
Pilot Kongsi Cara Ketahui Waktu Berbuka Puasa Ketika Dalam Penerbangan [Video]

Pilot Kongsi Cara Ketahui Waktu Berbuka Puasa Ketika Dalam Penerbangan [Video]

Menurut juruterbang itu, cara mengetahu waktu berbuka puasa di dalam penerbangan yang ingin dikongsikan olehnya itu amatlah mudah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bila tibanya waktu bulan Ramadan, sudah pasti setiap negara mahupun negeri mempunyai waktu berbuka puasa yang berbeza.

Setiap umat Islam yang ingin mengetahui waktu berbuka puasa mestilah merujuk kepada waktu Maghrib bagi wilayah atau kawasan yang diduduki pada waktu itu.

Namun, sehingga kini masih ada segelintir individu yang keliru dan tidak tahu cara untuk mengetahui waktu berbuka puasa sekiranya berada di dalam penerbangan.

Hal ini kerana setiap penerbangan pesawat komersial dengan purata kelajuan 800 hingga 1,000km Sejam akan melalui pelbagai negara yang mempunyai waktu Maghrib yang berbeza.

Kapten kongsi cara mudah ketahui waktu berbuka ketika dala penerbangan

Oleh itu, seorang kapten juruterbang berkongsi untuk mengetahui waktu berbuka puasa ketika dalam penerbangan.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @gazze.azri, juruterbang tersebut menjelaskan cara untuk mengetahui waktu berbuka puasa ketika berada di atas udara amatlah mudah.

Tekan ‘call button’ untuk berhubung dengan krew kapal dan tanya waktu berbuka

Cara yang pertama, sekiranya ingin mengetahui waktu berbuka ketika berada di dalam kapal terbang, para penumpang boleh menekan ‘call button’ yang berada berdekatan ‘reading light’ dan ‘air vent’ pada bahagian atas tempat duduk.

Dengan cara menekan ‘call button’, pramugara atau pramugari yang sedang bertugas akan datang kepada dan gunakan lah waktu itu untuk bertanya mengenai waktu berbuka puasa.

Tunggu pengumuman dari krew kapal mengenai waktu berbuka puasa

Cara kedua pula adalah dengan menunggu pengumuman waktu berbuka daripada krew kapal.

Untuk maklumat, seorang juruterbang akan mengambil kira beberapa faktor sebelum menentukan waktu berbuka puasa yang tepat.

Antara faktor yang diambil kira adalah seperti kedudukan pesawat berdasarkan longitud dan latitud, masa, ketinggian, arah kapal serta kelajuan kapal.

Setelah mengetahui maklumat yang dinginkan ini, juruterbang akan membuat pengumuman kepada para penumpang di dalam kabin waktu berbuka puasa.

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu buat anda yang ingin travel ke luar negara pada bulan Ramadan ini.

Ingat! sejauh mana pun anda terbang dan melangkah, jangan pernah lupa tunaikan kewajipan sebagai umat Islam. Selamat berpuasa….

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.