fbpx
Now Reading
“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di sebuah bilik darjah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bila berbicara tentang alam persekolahan, sudah pasti anda akan teringat tentang peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

Antaranya adalah memakai tag nama serta lencana sekolah pada pakaian, datang awal pagi, memakai kasut bertutup, berambut kemas dan sebagainya.

Pun begitu, segelintir pelajar masih berdegil dan tidak mahu mengikut peraturan ditetapkan walaupun sudah banyak kali ditegur serta diberi amaran.


Cikgu Potong Rambut Murid Kerana Terlalu Panjang

Baru-baru ini, tular satu video di laman X (Twitter @Cikgu_Anep), menyaksikan seorang guru sedang memotong rambut panjang seorang murid lelaki.

Guru tersebut dilihat dengan pantas memotongnya dengan gunting sehinggalah rambut murid lelaki itu pendek seperti yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

Dalam video sama, terdapat satu ayat tertera yang mempertikaikan sama ada rambut panjang tersebut memberi implikasi kepada prestasi pelajaran si murid.

“Adakah rambut (panjang) ganggu pelajaran?” kapsyen di video berkenaan.


“Rambut Panjang Tidak Kemas”

Mengulas mengenai video yang dikongsikannya itu, pemilik akaun dikenali sebagai Cikgu Anep berkata rambut panjang sememangnya tidak memberi kesan kepada pelajaran murid sekolah.

Meskipun begitu, rambut tersebut yang kurang kemas dan terurus dikatakan tidak sesuai dengan imej seorang pelajar sekolah.


Netizen Beri Pelbagai Pandangan Tentang Isu Murid Berambut Panjang

Perkongsian tersebut telah menarik perhatian ramai, dan golongan netizen telah memberikan pelbagai komen mengenainya. Seorang warganet berkata peraturan rambut pendek dilaksanakan bagi membentuk disipilin murid sejak di awal persekolahan.

“Disiplin. Dah kalau undang-undang sekolah tak boleh rambut panjang, jangan (simpan) rambut panjang. Susah sangat ke nak ikut peraturan yang ada? Lemah!” ujar seorang wanita.

Dalam pada itu, ada juga yang berkata sekolah merupakan pusat untuk pelajar menimba ilmu dan bukannya tempat di mana mereka mahu berfesyen.

“Datang ke sekolah timba ilmu bukan timba pujian dek rambut fesyen,” jelas seorang pengguna X.

Walaupun topik utama perbincangan ini adalah tentang rambut yang panjang, seorang individu mendakwa dia berasa pelik kerana berkepala botak juga dikira sebagai satu kesalahan sewaktu dia menjadi seorang murid dahulu.

Ini kerana pada waktu itu budaya skinhead sedang menjadi ikutan para pelajar sekolah.

Sementara itu, ada yang berkata rambut pendek memberikan keselesaan kepada murid untuk belajar.

“Bila rambut pendek ni banyak kelebihan dia, dari segi pelajaran pun ya juga. Sebab kepala rasa ringan dan sejuk berbanding rambut panjang. Jadi lebih selesa nak belajar kalau rambut pendek ni,” ulas seorang netizen.

Sumber: X

Untuk info, bekas Menteri Kanan Pendidikan, Radzi Jidin sebelum ini pernah mengeluarkan garis panduan untuk murid sekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di mana para pelajar diwajibkan berambut pendek.

Garis panduan itu adalah berdasarkan peraturan sedia ada yang ditetapkan sebelum pandemik Covid-19 bermula.

Malah sebelum ini, ada sebuah sekolah di Sitiawan menerusi badan disiplin berkongsi garis panduan tentang rambut pelajar di sekolah.

No photo description available.
Sumber: Facebook Badan Disiplin Pengawas SK Seri Sitiawan

Baca Artikel Berkaitan: “Anak Kau Raja Ke?” – Isu Parents Minta Guru Bawa Tukang Gunting Rambut Ke Sekolah Dikecam Netizen

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Graduan Sanggup Pakai ‘Wig’ Ketika Graduasi Gara-gara Sayang Nak Potong Rambut Bikin Ramai Berdekah!

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Guru Gunting Tudung Labuh Pelajar Perempuan, Katanya Sebab Ikut Trend?

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.