fbpx
Now Reading
Terlalu Seronok Pergi Sekolah, Murid Darjah 1 Sampai Menangis Tak Nak Balik Rumah [Video]

Terlalu Seronok Pergi Sekolah, Murid Darjah 1 Sampai Menangis Tak Nak Balik Rumah [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan si ibu pada hari kedua terpaksa memujuk anak lelakinya untuk pulang ke rumah selepas tamat sesi persekolahan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui pada 10 dan 11 Mac telah bermulanya sesi persekolahan tahun 2024 untuk pelajar di seluruh Malaysia.

Apabila masuknya sesi persekolahan baharu, pasti pelbagai ragam pelajar dapat dilihat khususnya bagi pelajar tahun satu yang baharu sahaja melangkah ke sekolah baru.

Antara gelagat yang dapat dilihat ada yang menangis kerana tidak biasa di sekolah baharu, ada juga yang gembira kerana berkenalan dengan rakan serta banyak lagi.

Kanak-kanak menangis kerana tak nak balik rumah

Baru-baru ini, tular video di TikTok @mummyharraz memaparkan seorang kanak-kanak darjah satu yang terlalu gembira ke sekolah sehingga terpaksa dipujuk oleh ibu untuk pulang ke rumah.

Menerusi video yang dikongsikan, pada hari pertama persekolahan anak lelakinya di sebuah sekolah di Terengganu kelihatan dia menangis teresak-esak di dalam kereta kerana tidak mahu pulang ke rumah.

Gelagat kanak-kanak yang dikenali sebagai Harraz Naufal turut membuatkan si ibu geli hati melihatnya.

Hari kedua sekolah, Harraz masih tak nak balik rumah

Malah pada hari kedua persekolahan si ibu sekali lagi terpaksa memujuk kanak-kanak itu untuk pulang ke rumah.

Dalam video dapat dilihat ibu terpaksa memegang tangannya untuk memujuk Harraz keluar dari perkarangan sekolah berkenaan.

“Abang, eh orang balik dah. Jom, abang kena balik dulu esok pula jumpa. Tengok orang semua balik dah,” kata ibu.

Namun dia yang memakai baju sukan sekolah berwarna oren itu menarik semula tangan si ibu seolah-olah dia enggan pulang ke rumah.

“Seronok masuk darjah satu sampai tak nak balik sekolah, cikgu tengok anak murid cikgu ni,” ujar si ibu di ruang kapsyen.

@nikfatin_

Seronok masuk darjah 1 sampai tak nak balik sekolah 🤣 Cikgu tengok anak murid cikgu ni.. haha #sksultansulaiman1 #tahun1 #backtoschool #harraznaufal #excited #mnhjunior

♬ original sound – MummyHarraz – MummyHarraz

Gelagat si kecil buat ramai terhibur

Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan gelagat Harraz yang tidak mahu balik ke rumah kerana kebanyakan murid yang ke sekolah tidak sabar untuk pulang setiap kali habis sesi persekolahan.

Bukan hanya itu, ada juga yang mengatakan kanak-kanak itu lain daripada yang lain kerana kebiasaannya kanak-kanak lebih takut untuk ke sekolah.

“Tadi baru je lalu video anak nangis tak nak pergi sekolah yang ni nangis sebab tak nak balik rumah”

“Abang cuba bagitahu ada apa dekat sekolah tu sampai tak nak balik”

“Orang semua nak balik, dia nak duduk sekolah pula”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.