fbpx
Now Reading
“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk dia mencari yang lain.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap pasangan suami isteri di dunia ini mahu rumah tangga yang dibina kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Namun, dalam melayari bahtera perkahwinan, sudah pastinya akan ada ujian dan cabaran.

Selain daripada masalah kewangan, antara ujian yang sering dihadapi oleh kebanyakan individu adalah kecurangan.

Perbuatan itu sudah pastinya menimbulkan rasa kecewa dalam diri malah kepercayaan terhadap pasangan akan hilang.

Aeril Zafril Anggap Wawa Sudah Cukup Sempurna

Apabila disoal tentang isu curang yang sedang hangat diperkatakan, pelakon lelaki terkenal Aeril Zafril menjelaskan bahawa dia sama sekali tidak akan menduakan isterinya aktres, Wawa Zainal.

Menurut Aeril yang juga merupakan seorang usahawan, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk dia mencari yang lain.

“Sebenarnya saya beruntung sebab Wawa cantik di mata saya.

“Saya tak pernah pun ada niat macam tu (untuk curang) tetapi kalau ada bisikan-bisikan tu saya akan selalu ingat anaklah,” katanya yang dipetik dalam video yang dikongsikan Mingguan Wanita.

Bagi Aeril, dia lebih memikirkan masa hadapan dan tidak mahu merosakkan apa yang telah dibina bersama isteri kesayangannya itu.

“Tapi kalau kita tak mula, benda tak akan jadi.

“Jadi, saya lebih fikirkan masa hadapan dan saya tak nak rosakkan apa yang saya dah bina dengan kesilapan saya sendiri.

“Sebab saya yakin Wawa takkan buat benda tu (curang) sebab dia seorang yang setia,” ujarnya.

Aeril Selalu Ingatkan Diri Tentang Karma

Jelas Aeril, dia selalu mengingatkan dirinya bahawa setiap perbuatan buruk yang dilakukan, pasti akan ada balasannya.

“Saya percaya kalau saya buat hal ke apa ke, mesti saya akan kena karma.

“Karma tu kalau dah kena, susah nak patah balik, susah nak bina balik dan semestinya kepercayaan dah takkan ada.

“Jadi jangan pernah ada niat untuk buat sesuatu yang kita sendiri tak boleh nak uruskan” kata Aeril lagi.

@mingguanwanita

Bagus pendirian suami kepada Wawa Zainal ni bila diajukan persoalan mengenai curang. Kalau suami sayangkan isteri dan anak-anak, tentu akan berpandangan jauh untuk membahagiakan pasangannya. Setuju tak? #mingguanwanita

♬ original sound – MingguanWanita – MingguanWanita

Jawapan yang diberikan Aeril nyata mencuri perhatian netizen. Ramai yang beranggapan Aeril telah membuktikan lelaki kacak jarang berlaku curang.

Berikut antara komen netizen:

Dahla Handsome, Kaya, Setia Pula

Sebab Itu Rezeki Dia Murah, Sebab Tidak Berkira Dengan Isteri & Anak-Anak

Baguslah Dia Pilih Untuk Setia Pada Satu

Baca Artikel Berkaitan: “Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Aliff Aziz Didakwa Telah Curang Sebanyak 11 Kali, Termasuk Dengan Adik Bella Sendiri

Baca Artikel Berkaitan: Tiada Persefahaman, Curang & Campur Tangan Keluarga Antara Punca Utama Penceraian – LPPKN

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.