Tindakan Wanita Tampal Pelekat Dalam Kereta Suami, Konon Nak Elak Diganggu Penyondol Undang Kecaman [Video]
Menerusi video tersebut, kelihatan wanita berkenaan telah menampal beberapa sticker amaran kepada kaum hawa di luar sana agar tidak menganggu pemilik kereta yang dipercayai suaminya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap individu yang membina rumah tangga atau sedang menyulam cinta pastinya ingin hubungan dibina itu berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Bukan hanya itu setiap pasangan pastinya enggan rumah tangga diganggu oleh individu ketiga atau lebih mudah digelar sebagai ‘penyondol’. Malah kisah mengenai suami atau isteri kantoi berlaku curang juga sering kali didengari.
Oleh itu, ramai yang menjadikannya sebagai iktibar serta mengambil langkah berjaga-jaga agar pasangan tidak ‘disondol’ individu lain.
Individu tampal pelekat dalam kereta beri amaran kepada penyondol
Baru-baru ini, seorang wanita yang dipercayai sudah berkahwin telah dikecam oleh orang ramai selepas bertindak melekatkan pelbagai pelekat (sticker) pada dashboard kereta dengan pelbagai amaran.
Menerusi video yang tular di laman X (Twitter) awalnya kelihatan individu berkenaan telah menampal ayat “penyondol dilarang masuk” di dashboard bahagian penumpang.
Tampal beberapa amaran pada dashboard penumpang
Tidak lama selepas itu, video itu turut menunjukkan satu lagi pelekat yang ditampal dengan amaran yang tidak membenarkan wanita lain untuk duduk di kerusi sama.
Ini kerana, tempat duduk tersebut dengan jelas telah dilabel sebagai tempat khusus untuknya.
“Tempat duduk khas ini untuk Suhana sahaja dengan tegas melarang wanita lain mengambil tempat duduk ini melainkan ahli keluarga terdekat sahaja,” tulis amaran itu.
Siap beritahu pemilik kereta sudah beristeri
Individu berkenaan turut menunjukkan satu lagi pelekat berwarna kuning yang tertulis pemilik atau pemandu kenderaan tersebut telah mempunyai isteri.
Kesemua amaran diletakkan dalam kenderaan tersebut dipercayai untuk memberitahu wanita lain agar melupakan niat mereka jika ingin ‘menyondol’ suaminya.
Video itu kemudian telah mendapat perhatian dan ramai yang telah mengkritik tindakan individu berkenaan yang meletakkan pelekat seperti itu.
Malah ada juga segelintir daripada netizen menyifatkan tindakan melekatkan kata-kata itu akan membuatkan kereta kelihatan buruk.
Tampal sticker banyak mana sekalipun, kalau dia nak curang, tetap akan curang pic.twitter.com/Jh0ET7nPaK
— amighul deghaman (@ricxxxkiddo) January 29, 2024