fbpx
Now Reading
Suami Dibunuh Gara-Gara Halang Isteri Buat Video Reels Di Instagram

Suami Dibunuh Gara-Gara Halang Isteri Buat Video Reels Di Instagram

Curiga dengan panggilan telefon dijawab oleh orang lain, abang kepada Maheshwar kemudiannya meminta bapa mereka untuk melihat keadaannya sebelum mendapati dia telah meninggal dunia.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Media sosial pada hari ini telah digunakan secara meluas. Jika dahulu media sosial digunakan sebagai tempat untuk berhubung dan mencari kenalan namun kini ia lebih dari itu.

Sebaliknya media sosial kini digunakan sebagai tempat untuk menjana pendapatan seperti berniaga dan banyak lagi.

Tidak kurang juga ada yang membuat pendapatan lumayan selain turut digunakan sebagai hiburan.

Dilarang buat reels di Instagram, wanita didakwa bunuh suami

Baru-baru ini, seorang wanita di Begusarai Bihar, India telah ditahan dan disyaki merancang pembunuhan suami sendiri dengan mencekiknya selepas lelaki berkenaan melarang dia daripada membuat video reels di Instagram.

Menurut polis, wanita yang dikenali sebagai Rani Kumari telah berkahwin dengan suaminya, Maheshwar Kumar Rai, 25, hampir tujuh tahun dan rancangan tersebut dipercayai dibuat bersama kekasih gelap dan juga dua adik perempuannya.

Susulan itu polis kemudian telah bertindak menahan wanita dan dua adiknya untuk disoal siasat, lapor India Today.

Isteri obses buat video di media sosial

Suami kepada wanita tersebut difahamkan pernah bekerja sebagai buruh di Kolkata sebelum pulang ke rumah baru-baru ini dan isterinya pula seorang yang obses untuk membuat video di platform media sosial seperti Instagram dan TikTok.

Namun perkara itu tidak disukai oleh Maheshwar dan dia menetangnya sehingga menyebabkan mereka sering bertengkar.

Didakwa ada hubungan sulit dengan lelaki lain

Selain itu bapa kepada Maheshwar turut mendakwa Rani Kumari mempunyai hubungan sulit dengan seorang lelaki bernama Mohammad Sajjad.

Namun menurut bapa Maheshwar anaknya itu telah dipanggil oleh Rani untuk ke rumah iparnya pada 7 Januari, jam 9 malam sebelum dibunuh dengan bantuan kekasih dan dua adik perempuannya iaitu Rozi dan Sonali Kumari.

Tindakan Rani Kumari terbongkar selepas abang curiga dan minta bapa periksa keadaan Maheshwar

Jenayah itu kemudiannya mula terbongkar lebih kurang pada jam 10.30 malam apabila abang kepada suaminya, Rudal telah bertindak menelefon Maheshwar dari Kolkata namun panggilan tersebut dijawab oleh orang lain.

Rudal mula mengesyaki sesuatu dan kemudian menghubungi bapanya yang duduk di Kampung Fafout untuk melihat keadaan Maheshwar sebelum mendapat mangsa telah meninggal dunia.

Bapa mangsa kemudiannya membuat laporan polis dan mayat Maheshwar diambil dan diletakkan di bawah jagaan pihak berkuasa

Namun menerusi laporan Times Of India dan Ecomics Times memaklumkan mangsa mati kerana digantung oleh Rani.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.