Wanita Dicerai Suami Ketika Hamil Selepas 8 Bulan Nikah Kerana Ibu Mentua Kaki Kongkong [Video]
Apa yang lebih memeritkan, wanita berkenaan menyatakan dia diceraikan oleh suaminya ketika sedang mengandung tiga bulan anak pertama mereka.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Selain dikurniakan suami atau isteri yang baik dan penyayang, mendapat ibu bapa mentua yang memahami serta sering bertolak ansur juga merupakan satu rezeki.
Hal ini kerana tidak dinafikan masih ada segelintir rumah tangga yang dibina hancur dek kerana pihak ketiga.
Baru kahwin 8 bulan, wanita ini dicerai gara-gara keluarga mentua menyebelahi suami
Begitulah yang terjadi kepada seorang wanita di Indonesia ini apabila mahligai yang baru dibina selama 8 bulan musnah kerana ahli keluarga suaminya yang sering campur tangan dalam urusan rumah tangganya.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @dsmpermata, wanita terbabit berkata dia sudah berkenalan dengan bekas suaminya itu selama 10 tahun sebelum mereka melangkah ke alam rumah tangga.
Diceraikan suami ketika sedang hamil 3 bulan
Apa yang lebih memeritkan, wanita berkenaan menyatakan dia diceraikan oleh suaminya ketika sedang mengandung tiga bulan anak pertama mereka.
“Bismillah aku ikhlaskan semuanya jangan pernah hadir lagi dikehidupan saya dan anak saya kelak nanti. Carilah wanita sempurna menurut ibumu,” tulis wanita itu di ruangan kapsyen.
Menurutnya, penceraian itu tidak akan berlaku sekiranya bekas suaminya juga bertindak mempertahankan rumah tangga mereka.
Suami kuat mengadu pada keluarga, ibu pula lebih ‘backup’ anak sendiri
Difahamkan, punca penceraian itu berlaku kerana bekas suaminya sering mengadu segala masalah rumah tangga yang dihadapi kepada keluarganya.
Keadaan bertambah keruh apabila ibu mentuanya juga lebih menyebelahi anaknya dan meletakan segala punca masalah kepada wanita itu.
Suami tak pernah melawat atau bawa ke hospital sepanjang sedang hamil
Menurutnya lagi, lelaki terbabit juga tidak pernah melawat atau membawanya ke hospital bagi melakukan pemeriksaan kandungan.
Lelaki itu bersama ahli keluarganya hanya datang secara tiba-tiba ke rumah wanita berkenaan untuk menyatakan hasratnya yang ingin berpisah.
“Saya sudah berusaha menjelaskan segalanya tetapi saya pula yang dimarah oleh ibunya,” kata wanita itu lagi.
Netizen bersimpati dengan nasib wanita itu
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut bersimpati dengan nasib wanita itu yang diceraikan suami ketika sedang hamil.
Pada masa yang sama, mereka turut menyatakan bahawa berpisah dengan lelaki terbabit adalah sesuatu keputusan yang tepat.