fbpx
Now Reading
Wanita Buat ‘Surprise’ Untuk Suami, Sewa Tarian Singa Sempena Ulang Tahun Perkahwinan [Video]

Wanita Buat ‘Surprise’ Untuk Suami, Sewa Tarian Singa Sempena Ulang Tahun Perkahwinan [Video]

Suami Zirah tidak menyangka tarian singa itu adalah kejutan yang diberikan oleh isterinya sempena anniversarry perkahwinan mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada minggu lalu, rakyat Malaysia khususnya masyarakat Cina telah maraikan Tahun Baru Cina dengan penuh meriah.

Malah setiap kali tibanya Tahun Baru Cina antara perkara yang menarik pastinya persembahan tarian singa.

Buat kejutan anniversary kepada suami dengan tarian singa

Namun berbeza dengan satu pasangan suami isteri berbangsa Melayu ini apabila tarian singa dijadikan sebagai salah satu elemen kejutan untuk meraikan hari ulang tahun perkahwinan mereka.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Zirah Jamal di TikTok, awalnya dia dan suami telah berkunjung ke kedai makan untuk meraikan ulang tahun perkahwinan mereka. Ketika mereka sedang makan di bahagian luar kedai tersebut kelihatan sebuah lori yang ditampal dengan iklan tarian singa lalu di premis berkenaan.

Tak sangka bunyi gendang rupanya untuk diri sendiri

Sang suami mula berasa curiga dengan kehadiran lori itu, dan mula ketawa kerana menyangka ianya adalah untuk orang lain. Namun lama-kelamaan dia dapat merasakan bunyi gendang tersebut adalah untuknya.

“Masa ni dia gelakkan orang lain buat bising dekt kedai. Dia agak aku yang buat hal (kejutan).

“Happy anniversary ‘B’,” kata Zirah kepada suaminya.

Sebaik membuat ucapan tersebut, kumpulan tarian singa berkenaan menghampiri meja mereka lalu membuat persembahan.

Malah seorang wakil kumpulan tersebut turut mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan kepada mereka.

Siap buat bentuk ‘love’ untuk raikan pasangan suami isteri

Bukan hanya itu, singa tersebut turut membuat bentuk hati menggunakan limau untuk meraikan hari ulang tahun pasangan terbabit dan turut menunjukkan satu kain rentang dengan ucapan ‘untuk mengikat simpulan perkahwinan yang bahagia selama 100 tahun’.

“Akhirnya dapat pun nak buat kejutan, tak susah nak buat. Malam semalam tidur, telefon letak bawah bantal risau kantoi plan nak prank dia (suami),” kata Zirah lagi.

@kaklongtehais

Finally dapat pun buat suprise tidak susah nak suprisenya 😂 malam semalam tido phone letak bawah batal risau kantoi plan nak prank dgn dia #fyp

♬ original sound – Zirahjamal – Zirahjamal
@kaklongtehais

Happy Anniversary buat suamiku tercinta ❤️😂 xdpt bagi harimau , bagi singa mengaum sahaja hahahaha #fyp #anniversary #cny #gongxifacai

♬ original sound – XTRA – XTRA

Melihat di ruangan komen, ramai yang teruja dengan kejutan itu malah ada yang turut bertanya berapakah kos yang perlu dibayar untuk tarian singa itu.

Tidak kurang juga ada yang memuji kelainan yang ditampilkan oleh Zirah untuk meraikan ulang tahun perkahwinannya itu.

“Rajin pula dia orang melayan, comel”

“Usaha isteri tu penting, terbaik sis. Semoga kekal sampai ke jannah”

“Kalau aku macam ni dah lari, tapi comel lah kak. Sweet sangat.. tak pernah dibuat orang. Apa-apa pun happy anniversary”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.